Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi; berwadahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wadah: kita telah dapat mengemukakan penyelesaian agama dgn ~ ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, di samping berdoa dan bertawakal kpd Allah; mewadahi menjadi wadah kpd (atau bagi): kebosanannya sudah lama ~ kekecewaan utk mendapatkan sebarang kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bekas atau tempat mengisi sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wadah (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: balang

2. Bersinonim dengan alat: asas, medan, saluran, media.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JURNAL BAHASA

Jurnal Bahasa, wadah untuk para ilmuwan atau ahli linguistik menguji teori dan mengemukakan hasil kajian, serta memberikan pandangan dan fikiran mereka dalam bidang linguistik untuk dikongsi bersama-sama para penyelidik atau pengkaji yang lain. Jurnal ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.

BAHASAPenerbitan
DEWAN BUDAYADEWAN BUDAYA, majalah bulanan yang menjadi wadah dan forum pemikiran dan perbincangan khusus tentang seni budaya. Majalah ini mengandungi 60 halaman berukuran 21 cm x 28 cm diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979. Majlis pelancarannya dilakukan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16 Januari 1979 oleh Dato’ Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia.SASTERAPenerbitan
ASAS 50

Asas 50 ialah pertubuhan sastera Melayu moden.

ASAS 50 adalah singkatan daripada Angkatan

Sasterawan 50, yang diasaskan oleh sasterawan,

budayawan, wartawan dan ahli bahasa. Pertubuhan

ini antara lain bertujuan untuk menyatukan para

pengarang Melayu dalam satu wadah perjuangan

untuk mempertingkat dan menjaga kepentingan

penulis dalam masyarakat. ASAS 50 ditubuhkan di

Singapura pada 6 Ogos 1950.

UMUM 
SASTERA PERSURATKHABARAN

SASTERA PERSURATKHABARAN, bentuk sastera Melayu yang menjadikan akhbar dan majalah sebagai wadah penampungan utamanya.  Sastera persuratkhabaran termasuk cerpen dan puisi.  Kemajuan penciptaan dan penyebaran kedua-duanya amat dipengaruhi oleh akhbar dan majalah.

SASTERAKonsep
UTUSAN MELAYU PRESS LTD.

UTUSAN MELAYU PRESS LTD., organisasi media yang terulung di Malaysia.  Utusan Melayu Press Ltd. ditubuhkan pada tahun 1938 di Singapura.  Penerbit ini ditubuhkan untuk menerbitkan akhbar Utusan Melayu sebagai wadah perjuangan orang Melayu menentang penjajahan dan menyemarakkan perjuangan bagi kepentingan bangsa, agama dan negara.  Pejabat Utusan Melayu Press Ltd., pada mulanya terletak di sebuah bangunan kedai tiga tingkat di Queen Street dan kemudiannya berpindah ke Cecil Street.  Antara pengasas Utusan Melayu adalah Yusof Ishak, Daud Mohammad Shah, Haji Embok Soloh, Haji Abdul Hamid Haji Mohammad, Tengku Abdul Kadir Mohamad, Haji Ismail Haji Mohamad Taib, Embok Abdul Ghani, Haji Omar dan Abdul Jalil Haji Harun.  Dengan modal permulaan sebanyak $12,290.00, lahirlah Utusan Melayu Press Ltd., pada 19 Mei 1939.

SASTERAInstitusi/Organisasi
LESBUMI

LESBUMI, persatuan seniman dan budayawan muslim Indonesia. LESBUMI adalah singkatan Lembaga Seniman Budayawan Muslimin Indonesia. LESBUMI ditubuhkan oleh Nahdatul Ulama pada 28 Mac 1962 di Jakarta. LESBUMI berusaha untuk menghimpun para seniman dan budayawan Muslimin Indonesia dalam suatu wadah untuk menghadapi kritikan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI).

SASTERAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas