| PERATUS | Peratus ialah pecahan dengan penyebut 100. Peratus berasal daripada perkataan Latin iaitu “Per Centum” yang bermaksud 100. Peratus boleh ditulis dalam bentuk pecahan atau nombor dengan simbol peratus, %.
| MATEMATIK | Konsep |
| PTOLEMY | Ptolemy (100 M.–165 M.) ialah salah seorang ahli kaji bintang dan kaji bumi yang teragung pada zaman purba. Dia juga dikenali sebagai Claudius Ptolemaeus. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan Ptolemy. Walau bagaimanapun, sarjana mendapati bahawa dia telah membuat kajian bintangnya di Iskandariah, Mesir, kira-kira pada tahun 150. Hasil penemuan dan teori-teori Ptolemy telah ditulis dalam 13 bahagian karya berjudul Mathematike Syntaxis , atau Mathematical Composition . Hasil tulisannya sangat disanjung sehingga dia dikenali sebagai Almagest , iaitu istilah gabungan Arab-Yunani, yang bermaksud yang agung . | UMUM | |
| PESCADORES | Pescadores (pend. 100 288) ialah gugusan 63 buah pulau yang meliputi keluasan 127 kilometer persegi di Selat Taiwan, iaitu antara Taiwan dengan China. | UMUM | |
| SWANSEA | Swansea (pend. 182 100) ialah pusat industri dan pelabuhan yang penting di Wales Selatan. Nama bandar ini dalam bahasa Wales, ialah Abertawe, kerana ia terletak di muara (aber dalam bahasa Wales) Sungai Tawe di Teluk Swansea. Bandar Swansea merupakan pusat pentadbiran bagi daerah kerajaan tempatan Swansea. | UMUM | |
| YORK | York (pend. 100 600) ialah bandar katedral Inggeris purba dan juga bandar universiti. York terletak di persimpangan Sungai Ouse dan Sungai Foss di Yorkshire Utara | UMUM | |
| TAIPEI | Taipei (pend. 2 637 100) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Taiwan. Ia terletak di Sungai Hsintien, Keelung dan Tanshui, di bahagian paling utara pulau Taiwan. Untuk lokasi, lihat Taiwan (peta). Nama Taipei bermaksud utara Taiwan . | UMUM | |
| PORT MORESBY | Port Moresby (pend. 152 100) ialah pusat pentadbiran Papua New Guinea. Ia juga adalah bandar dan pelabuhan yang terbesar di Papua New Guinea. Port Moresby terletak di tenggara pantai Papua. Ia juga dikelilingi oleh batu karang yang cantik. Untuk lokasi, lihat Papua New Guinea (peta politik). | UMUM | |
| SHETLAND | Shetland ialah sekumpulan lebih daripada 100 buah pulau yang terletak hampir 160 kilometer di timur laut tanah besar Scotland. Shetland ditadbir oleh sebuah majlis berkuasa pulau, yang ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai sebahagian daripada penyusunan semula kerajaan tempatan Scotland. Lebih daripada setengah penduduknya tinggal di Mainland, iaitu pulau yang terbesar. Hanya 10 buah pulau lain yang berpenghuni. Lerwick, di pantai timur Mainland, ialah pusat pentadbiran yang mempunyai satu per tiga daripada jumlah keseluruhan penduduk. | UMUM | |
| PULAU PINANG | Pulau Pinang (pend. 1 750 100), negeri yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Negeri ini terdiri daripada pulau yang dikenali sebagai Pulau Pinang yang meliputi kawasan seluas lebih kurang 285 kilometer persegi, dan sebidang tanah yang memanjang (terletak di tanah besar Semenanjung Malaysia) dikenali sebagai Seberang Perai, seluas 760 kilometer persegi. Kedua-dua kawasan ini terpisah oleh selat berukuran tiga kilometer hingga lapan kilometer lebar. | UMUM | |
| ARTRITIS | Artritis ialah mana-mana satu daripada lebih 100 penyakit sendi. Mangsa artritis menderita sakit, kekejangan, dan bengkak pada sendi-sendinya. Ramai orang menjadi pincang akibat artritis. | UMUM | |