Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata 138


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALZBURG

Salzburg (pend. 138 213) ialah bandar yang

terletak di pergunungan barat laut Austria. Untuk

lokasi, lihat Austria (peta). Salzburg paling terkenal

kerana pesta muzik tahunannya yang menarik

minat pencinta muzik dari seluruh dunia. Wolfgang

Amadeus Mozart, salah seorang penggubah yang

teragung di dunia lahir di Salzburg. Salzburg ialah

ibu provinsi Salzburg.

UMUM 
EPICTETUS

Epictetus (50?–138? M) ialah ahli falsafah Stoik

Yunani. Dia mengajar bahawa kita tidak sepatutnya

meminta supaya peristiwa berlaku mengikut

kehendak kita. Kita sepatutnya menerima peristiwa

yang berlaku.

UMUM 
PORT LOUIS

Port Louis (pend. 138 482) ialah ibu negara,

bandar terbesar dan pelabuhan terkemuka

Mauritius, negara pulau di Lautan Hindi. Port Louis

terletak di tanah pamah di pantai barat laut pulau

ini yang juga dikenali sebagai Mauritius. Untuk

lokasi, lihat Mauritius (peta). Industri utama bandar

ini ialah pembuatan tekstil, loji memproses

makanan, syarikat perkapalan, dan badan kerajaan.

Gula merupakan keluaran utama Mauritius yang

dieksport melalui Port Louis.

UMUM 
SULLA, LUCIUS CORNELLIUS

Sulla, Lucius Cornellius (138 S.M.–78 S.M.),

melakukan pembaharuan dalam kerajaan Rom. Dia

ialah Jeneral Rom pertama yang menggunakan

tentera bagi menentang musuh politik. Ahli politik

terkemudian, termasuk Julius Caesar, mengikut

contohnya.

UMUM 
DADRA DAN NAGAR HAVELI

Dadra dan Nagar Haveli (pend. 138 542)

ialah salah sebuah Wilayah Kesatuan India. Ia

terletak di pantai barat dan terdiri daripada dua

bahagian yang berasingan. Dadra dikelilingi oleh

negeri Gujarat dan Nagar Haveli pula terletak di

sempadan Maharashtra dan Gujarat. Ibu negerinya

ialah Silvassa.

UMUM 
ANTONINUS PIUS

Antoninus Pius (86 M.– 161 M.) ialah maharaja

Rom pada tahun 138 M. sehingga kemangkatannya.

Baginda adalah raja yang adil dan lembut, dan

pemerintahannya merupakan zaman pemerintahan

yang paling tenang dalam sejarah Rom.

UMUM 
ZAMAN USIA KAPUR

Zaman Usia Kapur ialah tempoh dalam skala masa geologi sejarah bumi. Ahli sains percaya

bahawa Zaman Usia Kapur bermula 138 juta tahun dahulu.

UMUM 

Kembali ke atas