| OKTANA | Oktana ialah mana-mana satu daripada 18 sebatian kimia yang terdiri daripada lapan atom karbon, dan 18 atom hidrogen. Oktana adalah antara bahan utama petrol. Oktana yang dikenali sebagai isooktana digunakan dalam campuran ujian untuk menentukan sebaik mana petrol tahan terhadap ketukan (lihat Nombor oktana ). Petrol yang mempunyai nombor oktana tinggi mencegah ketukan enjin dengan lebih baik daripada petrol yang mempunyai nombor oktana rendah. | UMUM | |
| R | R ialah huruf ke-18 dalam abjad Inggeris. Ia juga adalah huruf dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka menamakannya sebagai resh , perkataan mereka untuk kepala dan meminjam daripada hiroglif , atau simbol gambar Mesir untuk kepala manusia sebagai lambangnya. Kemudian Orang Yunani menamakan huruf itu sebagai rho. Apabila orang Rom mengambilnya, mereka memberikan huruf besar R seperti yang ada kini. Lihat Abjad . | UMUM | |
| PERTEMPURAN WATERLOO | Pertempuran Waterloo yang berlaku pada 18 Jun 1815 ialah pertempuran terakhir bagi Napoleon Bonaparte, iaitu pemerintah tentera Perancis yang bijak. Pertempuran ini menamatkan cita-cita tinggi politiknya untuk memerintah seluruh benua Eropah. Kekalahannya ini amat teruk, sehingga apabila seseorang itu mengalami sesuatu kecelakaan atau kekalahan yang dahsyat, kita akan mengatakan bahawa orang itu “telah menemui Waterloonya.” | UMUM | |
| KINGSTOWN | Kingstown (pend. 18 830) ialah ibu negara dan bandar terbesar di St. Vincent dan Grenadines, iaitu sebuah negara pulau di Laut Caribbean. Ia terletak di kaki bukit di pantai barat daya Pulau St. Vincent. | UMUM | |
| OLYMPIAD | Olympia ialah lembah yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Pirgos, Greece. Pada zaman purba, agama, politik, dan olahraga berpusat di Olympia. Sukan Olimpik dilangsungkan di sini setiap empat tahun sekali. Semua bangunan yang terdapat di Olympia dibina bagi tujuan pemujaan atau sukan. Bangunan keagamaan dibina berkelompok di Altis (dusun suci), yang terletak di tempat Sungai Cladeus mengalir ke dalam Sungai Alpheus. Bangunan ini termasuklah kuil Zeus dan Hera, Pelopion, Philippeion, dan altar besar. | UMUM | |
| OLYMPIA | Olympia ialah lembah yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Pirgos, Greece. Pada zaman purba, agama, politik, dan olahraga berpusat di Olympia. Sukan Olimpik dilangsungkan di sini setiap empat tahun sekali. Semua bangunan yang terdapat di Olympia dibina bagi tujuan pemujaan atau sukan. Bangunan keagamaan dibina berkelompok di Altis (dusun suci), yang terletak di tempat Sungai Cladeus mengalir ke dalam Sungai Alpheus. Bangunan ini termasuklah kuil Zeus dan Hera, Pelopion, Philippeion, dan altar besar. | UMUM | |
| MACAW | Macaw ialah nama bagi lebih kurang 18 spesies burung nuri yang besar dan berekor panjang yang hidup di kawasan berhutan di Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Mexico. Macaw ialah burung nuri yang paling besar, dan panjangnya 30 hingga 100 sentimeter. Burung ini mempunyai sayap yang panjang runcing, dan paruh yang berat, kuat. Bulunya yang cantik berwarna biru, merah, kuning dan hijau meliputi badannya. | UMUM | |
| MU‘ADH IBN JABAL | Mu‘adh ibn Jabal (20 S.H.–18 H./603 M.–639 M.), sahabat Nabi s.a.w. dari kaum Ansar, berketurunan suku Khazraj dari Madinah. Nama penuhnya ialah Mu‘adh ibn Jabal Abu ‘Abd al- Rahman. Dia memeluk Islam hasil usaha Mus’ab ibn Umayr r.a. Mu‘adh turut serta ke Makkah dan terlibat dalam Perjanjian ‘Aqabah II serta berbai’ah bersama Rasulullah s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakannya dengan Ja‘far ibn Abu Talib r.a. | UMUM | |
| AGRIMONI | Agrimoni ialah nama umum bagi sekumpulan kira-kira 18 spesies tumbuhan hutan kayu yang tumbuh di Asia, Eropah, Amerika Utara, dan Pergunungan Andes di Amerika Selatan. | UMUM | |
| APEX | Apex adalah sebuah organisasi bagi kaum lelaki yang berusia antara 18 hingga 40 tahun. Matlamatnya adalah untuk memberikan perkhidmatan masyarakat, menggalakkan persahabatan di kalangan ahli, dan mewujudkan masyarakat yang bijak dan agresif. Persatuan ini dimulakan di Geelong, Victoria, Australia pada tahun 1931 oleh tiga orang arkitek. | UMUM | |