Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata 1938


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AJIP ROSIDIAJIP ROSIDI (1938-     ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 31 Januari 1938 di Jatiwangi, Cirebon, Jawa Tengah, Indonesia.SASTERAKonsep
RENO, JANET

Reno, Janet (1938– ) merupakan wanita

pertama yang menjadi peguam negara Amerika

Syarikat. Dia telah dilantik oleh Presiden Bill

Clinton pada tahun 1993. Sebelum memegang

jawatan tersebut, Reno telah berkhidmat selama 15

tahun sebagai peguam di Florida’s Dade Country

termasuk Miami dan kawasan subbandar.

UMUM 
OWEN, DAVID

Owen, David (1938– ) ialah ahli politik British

yang memimpin Parti Sosial Demokratik (PSD) dari

tahun 1983 hingga tahun 1987. Dia meletak jawatan

selepas ahli PSD mengundi untuk bergabung

dengan Parti Liberal (kini Liberal Demokrat).

Sebagai pengasas PSD, Owen berusaha untuk

memelihara kebebasan parti. Dia menjadi

pemimpin PSD yang dibentuk semula pada tahun

1988 sehingga pembubarannya pada tahun 1990.

Owen bertindak sebagai pendamai di bekas

Yugoslavia dari tahun 1992 hingga tahun 1995 (lihat

Yugoslavia ).

UMUM 
NUREYEV, RUDOLF

Nureyev, Rudolf (1938–1993) ialah salah

seorang penari balet teragung pada tahun 1900-

an. Dia menjadi masyhur kerana personaliti

persembahannya yang menarik dan teknik tarian

yang bertenaga dan penuh perasaan. Nureyev

menari lebih daripada 100 peranan. Pada tahun

1962, dia mula menari berpasangan dengan

balerina Inggeris yang masyhur, iaitu Dame

Margot Fonteyn. Mereka mengadakan

persembahan bersama-sama dalam balet seperti

Giselle, Swan Lake, dan Les Sylphides . Sebagai

koreografer (penggubah tarian), Nureyev

mencipta versi baru beberapa balet, termasuk

Don Quixote, The Nutcracker, dan Raymonda.

UMUM 
SARICH, RALPH

Sarich, Ralph (1938– ) ialah pencipta Australia,

menyiapkan prototaip pertama dalam revolusi enjin

orbitalnya pada tahun 1971. Pada tahun 1973, Broken

Hill Proprietory Company Ltd. (BHP) bergabung

dengan Sarich untuk menyediakan sokongan kepada

peningkatan enjin. Usaha sama ini menghasilkan

pembentukan syarikat Orbital Engine.

UMUM 
SNELL, PETER

Snell, Peter (1938– ), salah seorang pelari

jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962,

dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara

lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela

(1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3

saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik

sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas

untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter

kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada

sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara

800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake,

di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada

bidang olahraga pada tahun 1965.

UMUM 
ATATÜRK, KEMAL

Atatürk, Kemal (1881–1938) merupakan pengasas

dan presiden pertama Republik Turki. Dia menjadi

presiden dari tahun 1923 sehingga dia meninggal

dunia. Di bawah pimpinannya, Turki menerima pakai

pembaharuan-pembaharuan yang besar yang begitu

banyak mengubah keadaan politik, ekonomi, dan

masyarakat di negara Turki.

UMUM 
STANISLAVSKI, KONSTANTIN

Stanislavski, Konstantin (1863–1938) ialah nama

pentas seorang pengarah dan pelakon terkenal

Russia. Dia cuba menghasilkan persembahan yang

sebenar dengan meminta pelakon-pelakonnya

menghayati secara mendalam terhadap karekter, dan

mengandaikan bahawa mereka sendiri adalah

wataknya. Berlakon dengan menghidupkan watak

sebenar dikenali sebagai “pendekatan Stanislavski.”

UMUM 
OATES, JOYCE CARO L

Oates, Joyce Carol (1938– ) ialah pengarang

Amerika. Dia menyelitkan dalam kebanyakan novel

dan cerpennya kualiti yang mengerikan dengan

memberi penekanan terhadap seks dan keganasan.

Walau bagaimanapun, subjeknya yang sebenar

ialah masyarakat dan kegilaan yang ditimbulkan.

Oates telah menulis lebih daripada 30 buah buku.

Beberapa orang pengkritik mengatakan bahawa dia

boleh mengaut keuntungan dengan memperbaiki

karya fiksyennya, tetapi kebanyakan pengkritik

bersetuju bahawa gambaran imaginasinya tentang

masyarakat moden adalah tepat.

UMUM 
DENNIS, C.J.

Dennis, C.J. (1876–1938) yang mendapat gelaran

Laureate of the Larrikin, dianggap salah seorang

penyair Australia yang penuh humor dan lucu. Dia

popular kerana baladanya yang bertenaga, ditulis

dalam loghat larrikin (iaitu bahasa generasi anak

muda liar) dalam masyarakat Australia.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas