| TAP | Irama muzik | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
| ABDUL RAHMAN YA’KUB, TUN | Abdul Rahman Ya'kub, Tun (1928 - ) ialah Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970–1981) dan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat (1981– 1986). Abdul Rahman mula aktif dalam politik apabila menyertai Parti Barisan Anak Jati Sarawak (BARJASA) pada tahun 1962. Kemudian dia menyatukan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan BARJASA bagi membentuk Parti Bumiputera pada tahun 1966 bersama-sama Datuk Abang Ikhwan Zaini dan Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud. | UMUM | |
| ROSZAK, THEODORE | Roszak, Theodore (1907–1981) ialah pengarca Amerika. Roszak lebih terkenal dengan karya kimpalan logam yang kelihatan ganas dan penuh perasaan. | UMUM | |
| SAROYAN, WILLIAM | Saroyan, William (1908–1981) ialah penulis Amerika. Dia menjadi terkenal kerana drama dan ceritanya yang menyanjung kebolehan manusia biasa hidup sepenuhnya, dan bergembira dalam dunia yang jelik. Dalam salah satu prakata dramanya, Saroyan menulis: “Dalam kehidupan ini, cubalah anda lalui dengan sebaik-baiknya agar tiada kejelikan atau kematian untuk diri anda dan untuk sesiapa sahaja yang berkaitan dengan anda.” Karya Saroyan merakamkan kepercayaan bahawa insan tidak bersalah. Kebanyakan karyanya mengisahkan kemiskinan dan insan yang gigih. Karyanya lebih bersifat sentimental daripada bersifat objektif terutama paparannya tentang kanak-kanak dan kehidupan golongan pekerja. | UMUM | |
| SULTAN ISKANDAR AL-HAJ IBNI SULTAN ISMAIL | Sultan Iskandar al-Haj ibni Sultan Ismail (1932– ) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan (1984–1989) dan Sultan Johor (1981– ). Baginda dilantik sebagai Sultan Johor menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1981. | UMUM | |
| SPEER, ALBERT | Speer, Albert (1905–1981), mengarahkan pengeluaran senjata di Jerman pada zaman pemerintahan Nazi semasa Perang Dunia II (1939 – 1945). Dia menjadi penasihat kepada diktator Nazi, Adolf Hitler antara tahun 1933 dan 1945. | UMUM | |
| YUKAWA, HIDEKI | Yukawa, Hideki (1907–1981), ahli fizik Jepun yang menjadi masyhur kerana sumbangannya terhadap teori fizik nuklear. Dia menerima Hadiah Nobel pada bidang fizik pada tahun 1949. Dia ialah orang Jepun yang pertama memenangi anugerah sedemikian. Yukawa menerima anugerah tersebut kerana teori yang diusahakannya pada tahun 1935. | UMUM | |
| DAYAN, MOSHE | Dayan, Moshe (1915–1981) ialah tentera dan ahli politik Israel berbangsa Yahudi. Dia memimpin tentera Israel dalam peperangan pada tahun 1956. Peperangan tersebut melibatkan serangan tiga penjuru terhadap Mesir dengan kerjasama dari England dan Perancis. Dia juga memainkan peranan penting dalam peperangan “Enam Hari” menentang Mesir, Jordan dan Syria pada bulan Jun 1967. | UMUM | |
| ALGREN, NELSON | Algren, Nelson (1909–1981) ialah penulis Amerika, dikenali kerana kisah fiksyennya mengenai kehidupan yang ganas di kawasan miskin bandar Chicago, pada tahun 1930-an dan tahun 1940-an. | UMUM | |
| MARLEY, BOB | Marley, Bob (1945–1981), pemuzik Jamaica, penyanyi dan penggubah muzik reggae. Sebagai seorang ahli pegangan keagamaan Rastafari, Marley menjadi wira gerakan kesedaran orang kulit hitam. | UMUM | |