ABDUL JALIL HASSAN, TAN SRI (1914–1990), | Abdul Jalil Hassan, Tan Sri (1914-1990), pendakwah dan pendidik Malaysia. Abdul Jalil memberikan sumbangan penting dalam tilawah al- Qur’an. Dia dilantik sebagai Ahli Pengerusi Jemaah Hakim dari tahun 1965 hingga tahun 1970. Pada tahun 1969, dia dilantik sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1970, dia dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di bawah Majlis Raja-raja Melayu. Abdul Jalil juga dikenali kerana keanggotaannya dalam badan-badan Islam Antarabangsa. Dia dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Rabilah Alam Islam oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun 1966 dan dilantik oleh kerajaan Mesir pada tahun 1973 sebagai Ahli Majlis Tertinggi Majma al-Buhuth al-Islamiyah. | UMUM | |
TARIAN LANSARAN | Tarian | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ORTEGA, DANIEL | Ortega, Daniel (1945– ) ialah ketua kerajaan Nicaragua dari tahun 1979 hingga tahun 1990. Pada tahun 1979, dia dikenali sebagai pemimpin kerajaan revolusioner apabila partinya, Sandinista National Liberation Front, menggulingkan kerajaan Anastasio Somoza Debayle. Ortega dilantik sebagai presiden Nicaragua pada tahun 1984. Tempohnya sebagai presiden berakhir pada tahun 1990, apabila dia dikalahkan dalam pilihan raya presiden oleh Violeta Barrios de Chamorro, pemimpin parti campuran yang menentang pemerintahan Sandinista. | UMUM | |
MILOSEVIC, SLOBODAN | Milosevic, Slobodan (1941– ), menjadi Presiden Serbia, salah sebuah republik yang membentuk Yugoslavia pada tahun 1989. Dia telah dilantik semula pada tahun 1990 dan tahun 1992. Milosevic menjadi terkenal kerana semangat kebangsaannya yang melampau. Pada tahun 1990, dia telah menghapuskan kuasa pemerintahan sendiri yang dipegang oleh orang-orang Serbia di wilayah Kosovo dan Vojvodina. | UMUM | |
MORAVIA, ALBERTO | Moravia, Alberto (1907–1990), penulis Itali. Dia mungkin penulis novel dan penulis cerpen Itali yang paling ulung pada tahun 1900-an. Karyanya mempunyai gambaran dan dialog yang realistik, gaya penulisan yang bebas dan jelas serta memberikan pandangan yang tajam mengenai gelagat manusia. Dalam penulisannya, Moravia mengkritik keruntuhan moral di Itali dan menggambarkan watak-watak yang terasing dari masyarakat dan ketandusan emosi. Dia juga menggambarkan seks tanpa cinta yang sia-sia dan perkahwinan sebagai jalan keluar dari penyakit sosial. | UMUM | |
DURRELL, LAWRENCE | Durrell, Lawrence (1912–1990) ialah penulis novel Inggeris, penulis kembara, dan penyair. Dia ialah abang kepada Gerald Durrell. Lawrence Durrell menjadi terkenal kerana siri empat buah novelnya yang dikenali sebagai The Alexandria Quartet. | UMUM | |
DAHL, ROALD | Dahl, Roald (1916–1990), penulis prolifik yang menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi, humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang mengejutkan. | UMUM | |
SKINNER, B.F. | Skinner, B.F. (1904–1990), ahli psikologi Amerika. Dia terkenal kerana penyelidikannya terhadap proses pembelajaran dan kepercayaannya terhadap masyarakat yang terancang. Skinner merupakan penyokong utama pengajaran terancang. Dalam program ini, prinsip pembelajaran yang dikenal pasti dalam makmal diterapkan dalam pengajaran di dalam kelas. Dia juga terkenal sebagai pengkaji psikologi tingkah laku, iaitu kajian terhadap tingkah laku manusia yang dapat dilihat. | UMUM | |
DUARTE, JOSÉ NAPOLEON | Duarte, José Napoleon (1926–1990), mula menjawat jawatan Presiden EI Salvador yang dipilih pada 1 Jun 1984. Dia berkhidmat sebagai presiden kerajaan junta tentera dari tahun 1980 hingga tahun 1982. | UMUM | |
PANDIT, VIJAYALAKSHMI | Pandit, Vijayalakshmi (1900–1990) ialah salah seorang wanita India yang terkenal dan terkemuka kerana perkhidmatan dalam kerajaan dan pergerakan wanita. | UMUM | |