Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata 211


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MISKOLC

Miskolc (pend. 211 660) ialah bandar di Hungary.

Miskolc merupakan pusat perdagangan yang sibuk

terletak di Sungai Sajó di timur laut kawasan

industri Hungary. Untuk lokasi, lihat Hungary (peta

politik).

UMUM 
DEBRECEN

Debrecen (pend. 211 823) ialah bandar komersial

dan industri di timur Hungary. Debrecen ialah

pasar bagi hasil ladang kawasan yang berdekatan.

UMUM 
SAN'ANIY, ABU BAKAR AL-

San’aniy, Abu Bakar al- (126–211 H. /744–827

M.), penghafaz hadith yang dihormati dan ulama

Yaman yang menerima hadith daripada Mu‘ammar,

Ibn Jurayj, al-Thawriy. Nama penuhnya ialah Abu

Bakar ‘Abd al-Razak ibn Hammam ibn Nafi‘ al-

Hamyari, al-San‘aniy. Imam Ahmad, Ibn Mu‘in, Ishaq

ibn Rahawayh, Ibn al-Madini dan para ulama lain

banyak mengambil hadith daripadanya. Dia seorang

imam dalam ilmu hadith dan seorang hafiz yang

berautoriti dalam bidang ini. Al-San‘aniy

meninggalkan buku-buku ilmiahnya, antaranya ialah

kitab al-Musannaf dan Tafsir al-Qur’an dan kedua-

duanya telah dicetak.

UMUM 
DENARIUS

Denarius ialah duit syiling perak yang digunakan

oleh orang Rom pada zaman Republik dan

Empayar. Orang Rom mengeluarkan syiling

pertama itu pada tahun 211 SM. Denarius hilang

daripada peredaran pada tahun 200-an M.

UMUM 

Kembali ke atas