Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-HAJJ

Surah al-Hajj ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-22 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hajj sebagai mengingati

seruan Nabi Ibrahim a.s. selepas selesai membina

Kaabah yang menyeru manusia menunaikan haji di

Baitullah al-Haram.

UMUM 
OSWALD, LEE HARVEY

Oswald, Lee Harvey (1939–1963), dituduh

membunuh John F. Kennedy, presiden Amerika

Syarikat, pada 22 November 1963, di Dallas, Texas.

Dua hari kemudian, ketika berjuta-juta orang

menonton peristiwa itu di televisyen, Oswald

dibunuh. Dia ditembak mati oleh pemilik kelab

malam Dallas, Jack Ruby, semasa sedang

dipindahkan dari penjara bandar ke penjara wilayah

di Dallas. Ruby merempuh pegawai-pegawai polis

yang mengelilingi Oswald untuk menembaknya.

UMUM 
OSMIUM

Osmium ialah unsur logam keras, simbol kimianya

ialah Os. Beratnya dua kali berat plumbum, dan

mempunyai ketumpatan 22.48 gram per sentimeter

padu pada 20 ° C. Berat atomnya ialah 190.2 dan

nombor atomnya ialah 76. Smithson Tennant, ahli

kimia British, menemui osmium pada tahun 1804.

UMUM 
SAVANNAH

Savannah ialah kapal stim pertama yang

merentasi Lautan Atlantik. Savannah belayar dari

Savannah, Georgia, Amerika Syarikat pada 22 Mei

1819, dan berlabuh di Liverpool, England pada 20

Jun 1819. Ia belayar dengan menggunakan kuasa

stim selama antara 80 jam dan 105 jam. Layar

digunakan pada waktu yang selebihnya.

Lihat juga Kapal (Kapal stim di lautan).

UMUM 
TITANIUM

Titanium ialah unsur kimia dengan simbol Ti : Ia

adalah logam yang ringan, berwarna kelabu perak.

Nombor atomnya ialah 22, dan berat atomnya ialah

47.88. Ketumpatan titanium adalah antara ketumpatan

aluminium dengan keluli tahan karat. Ia melebur

pada 1667 ° C ( _ 10 ° C) dan mendidih pada 3287 ° C.

Titanium tahan terhadap kakisan atau karat air laut

atau udara laut dan juga sebaik platinum dan lebih

baik daripada keluli tahan karat. Banyak asid dan

alkali yang mengakis tidak menjejaskan titanium.

UMUM 
MESINGAN

Mesingan ialah senjata api automatik yang boleh

menembak antara 400 hingga 1600 pusingan peluru

seminit. Saiz laras mesingan berbeza-beza, iaitu

antara 22 kaliber (5.5 milimeter) hingga 30 milimeter.

Peluru dimasukkan ke dalamnya melalui sabuk) kain

atau logam, atau pemegang patrum yang dikenali

sebagai magazin. Mesingan perlu disejukkan

dengan air atau udara kerana tembakan pelurunya

terlalu laju. Mesingan juga tergolong sebagai

senjata berat dan biasanya mempunyai penahan.

UMUM 
AUK

Auk ialah nama famili burung laut termasuk

dovekie, guillemot, murre dan pufin . Auk juga

dikenali dengan nama alcid . Terdapat 22 spesies

auk yang masih wujud. Ia tinggal di Lautan Atlantik

Utara, Pasifik Utara dan Artik. Rupa dan tingkah

laku auk agak sama dengan burung penguin.

UMUM 
EMDEN

Emden ialah nama sebuah kapal Jerman yang

ditempatkan di Laut China dan Lautan Hindi

sewaktu Perang Dunia I. Ia menenggelamkan

atau menawan 22 buah kapal dagang, menyerang

pelabuhan Pulau Pinang dan meletupkan sebuah

stesen minyak di Madras.

UMUM 
SURUHANJAYA PASIFIK SELATAN

Suruhanjaya Pasifik Selatan ialah pertubuhan

antarabangsa yang memberi bantuan khidmat nasihat

teknikal, latihan, dan penyebaran maklumat dalam

bidang sosial, ekonomi, dan kebudayaan kepada 22 buah

pentadbiran kerajaan. Negara-negara ini terdiri daripada

Samoa Amerika, Kepulauan Cook, Persekutuan Negeri Micronesia,

Fiji, Polinesia Perancis, Guam, Kiribati, Kepulauan

Marshall, Nauru, New Caledonia, Niue, Kepulauan

Mariana Utara, Palau, Papua New Guinea,

Kepulauan Pitcairn, Kepulauan Solomon, Tokelau,

Tonga, Tuvalu, Vanuatu, Wallis dan Futuna, dan

Samoa Barat.

UMUM 
SURAH AL-MUJADALAH

Surah al-Mujadalah ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke-58 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

22 ayat. Surah ini dinamakan al-Mujadalah (bersoal

jawab) bersempena kisah seorang wanita yang

datang berjumpa Rasulullah s.a.w. dan mengadu

kepadanya tentang suaminya yang telah

menziharkannya.

UMUM 
12345

Kembali ke atas