Azores ialah sekumpulan sembilan buah pulau yang menjadi kepunyaan Portugal. Ia terletak di Lautan Atlantik Utara, lebih kurang 1300 kilometer di barat Portugal. Pulau-pulau ini berada dalam jalan udara dan kabel yang menghubungkan Eropah dan Amerika. Pulau-pulau ini meliputi 2344 kilometer persegi dan panjang garis pantainya ialah 515 kilometer. Kira-kira 249 500 orang tinggal di kepulauan Azores. Orang keturunan Azores, lebih ramai tinggal di Amerika daripada Azores. Bandar utama bagi Azores ini ialah Ponta Delgada, di Pulau Saõ Miguel. |