ANGKATAN 45 | Angkatan 45, persatuan penulis Indonesia. Persatuan ini ditubuhkan oleh Angkatan Muda Sasterawan Indonesia setelah pengisytiharan Kemerdekaan pada 17 Ogos 1945. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
NAZARETH | Nazareth (pend. 45 600) ialah sebuah bandar di utara Israel. Untuk lokasi, lihat Israel (peta politik). Ia merupakan tempat tinggal Jesus Christ semasa mudanya. Bandar ini terletak di Galilee, provinsi Rom (lihat Galilee ). | UMUM | |
DODOMA | Dodoma (pend. 45 703) ialah sebuah bandar di pusat Tanzania. Pada tahun 1973, rakyat Tanzania mengundi memindahkan ibu negara dari pesisir bandar Dar es Salam ke Dodoma. Perpindahan ini dirancang selesai pada tahun 1990-an. Dodoma dipilih sebagai pusat bagi ibu negara baharu khusus disebabkan kedudukannya yang di tengah-tengah Tanzania. Untuk lokasi, lihat Tanzania (peta). | UMUM | |
SURAH AL-JATHIYAH | Surah al-Jathiyah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-45 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 37 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Jathiyah (yang berlutut) berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan (pada Hari Kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa-apa yang kamu telah kerjakan”. (Surah al-Jathiyah 45:27) | UMUM | |
SA‘ID IBN JUBAYR | Sa‘id ibn Jubayr (45–95 H./666 –714 M.), ahli fiqh. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn Jubayr al-Asady Abu Muhammad al-Kufi. Dia seorang tabi‘in. Dia seorang yang berilmu, amanah dan kuat beribadat. Banyak kisah yang memperkatakan tentang ibadatnya. Dia meriwayatkan hadith daripada Abdullah ibn Abbas, Abdullah ibn al-Zubair, Abdullah ibn Umar, Abi Sa`id al-Khudri, Anas dan selain mereka daripada kalangan sahabat. | UMUM | |
ZAYD IBN THABIT | Zayd ibn Thabit (11 SH – 45 H/611 M – 665), sahabat nabi yang berasal daripada golongan Ansar daripada kabilah Khazraj. Nama penuhnya ialah Zayd ibn Thabit Abu Kharijah. Dia lahir di Madinah. Bapanya terbunuh dalam Perang Bi’ath sewaktu dia berusia enam tahun. Dia dibawa ke Makkah oleh ibunya. | UMUM | |
DIALEK MELAYU TERENGGANU | 45.0pt 2.5in">DIALEK MELAYU TERENGGANU, dialek yang dituturkan di seluruh negeri Terengganu dan sepanjang kawasan pantai Pahang hinggalah ke Mersing, Johor kecuali di bahagian sempadan Terengganu dengan Kelantan. Menurut pengamatan sesetengah pengkaji, pengaruh dialek Terengganu tersebar hingga ke Hulu Tembeling, Pahang. | BAHASA | Bahasa |
AVOSET | Avoset ialah sejenis burung randuk yang mempunyai kaki yang panjang, berukuran kira- kira 40 hingga 45 sentimeter. Terdapat empat spesies avoset, iaitu satu di Australia, satu di Amerika Utara, satu di Amerika Selatan, dan satu di Eropah. Bulu avoset kebanyakannya berwarna hitam dan putih. Kepala dan leher avoset Amerika Utara berjalur-jalur perang semasa musim mengawan. Burung ini mempunyai paruh yang panjang, rata, yang melengkung ke atas, dan boleh mengorek-ngorek dasar takungan air cetek. Dengan cara ini, ia dapat memungut hidupan air yang kecil untuk dimakannya. Ia juga makan makanan lain yang terapung di permukaan. Pengelasan saintifik. Avoset termasuk dalam famili avoset dan Recuvirostridae. Avoset Australia ialah Recurvirostra novaehollandiae, avoset Eropah R. avosetta, dan avoset Amerika Utara R.americana. | UMUM | |
IKAN PICU | Ikan picu ialah sejenis ikan yang hidup di laut panas dan lautan tropika. Kebanyakan ikan ini kurang daripada 45 sentimeter panjangnya, berbadan agak bulat dan pipih di sisinya.
| UMUM | Umum |
MUSKELLUNGE | Muskellunge ialah ikan yang paling besar dalam famili pike. Panjangnya boleh mencapai 1.8 meter dan beratnya lebih kurang 45 kilogram. Bagaimanapun, kebanyakan muskellunge panjangnya antara 0.5 hingga satu meter dan beratnya dua kilogram hingga 16 kilogram. Jangka hayat maksimum muskellunge adalah kira-kira 25 tahun. | UMUM | |