| HUKUM KANUN PAHANG | HUKUM KANUN PAHANG, teks undang-undang yang digunakan di Pahang pada masa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Syah (1592-1614). Hukum Kanun Pahang banyak dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka, disebabkan Pahang pernah menjadi jajahan takluk Melaka dan Sultan Abdul Ghafur pula adalah keturunan Sultan Muhammad Syah, Melaka. | BUDAYA | Karya |