Afrika Selatan, Seni. Seni di Afrika Selatan telah bermula sejak beribu-ribu tahun yang lalu dengan karya seni orang San. Mereka mengukir batu-batu tongkol dan melukis dinding-dinding gua serta tempat perlindungn mereka yang diperbuat daripada batu (lihat Khoisan ). Seni suku kaum primitif Afrika Selatan menerima pengaruh yang kuat daripada suku kaum kulit hitam Afrika yang berhijrah masuk dari utara. Suku kaum tersebut meneruskan tradisi kuno dalam seni pahat/ukir, seni anyaman bakul, seni tembikar, dan membuat manik. |