| STAGHORN | Staghorn ialah nama bagi 20 spesies terutamanya dari kawasan tropika, lembap. Pakis ini mendapat namanya daripada fron daun utama daun berbentuk seperti tanduk rusa. Terdapat juga satu lagi jenis daun yang leper atau berbentuk mangkuk dan tumbuh keluar daripada pangkal pakis. Daun ini mengumpul air dan humus. Daun utama mengandungi spora pembiakan. | UMUM | |
| SUKULEN | Sukulen ialah nama bagi tumbuhan yang berisi seperti kaktus, yang mempunyai batang atau daun yang besar untuk menyimpan air. Tumbuhan sukulen tumbuh di gurun dan di tempat kering di dunia, iaitu ditempat tiada banyak air. Tumbuhan gurun mempunyai batang atau daun yang besar untuk menyimpan air. Lihat juga Famili spurge; Kaktus; Sedum. | UMUM | |
| TELIPUK | Telipuk, juga dinamakan lili kolam, ialah nama yang popular bagi pelbagai tumbuhan air yang cantik, yang tumbuh dalam iklim sederhana dan panas. Telipuk mempunyai tangkai daun dan bunga yang panjang, kuat yang tumbuh dari dasar berlumpur dalam air yang cetek, jernih. Daunnya yang hijau, sempit hingga bulat biasanya kelihatan terapung di atas permukaan air tetapi boleh juga terbenam dalam air. Telipuk biasanya timbul di atas permukaan air pada tangkai yang panjang. Telipuk berbunga putih adalah yang paling biasa didapati. Bunganya mungkin 30 sentimeter lebarnya. Sesetengah telipuk mekar pada waktu siang manakala yang lain pula mekar pada waktu malam. Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang dan hutan). Pengelasan saintifik. Telipuk tergolong dalam famili telipuk, Nymphaeaceae. Telipuk putih ialah Nymphaea alba. | UMUM | |
| TEH | Teh ialah minuman yang disediakan dengan cara menuangkan air yang mendidih ke atas daun teh yang kering dan telah diproses. Teh menjadi minuman menyegarkan yang paling popular di kebanyakan negara. | UMUM | |
| EMBUN | Embun ialah nama yang diberikan kepada manik air yang gemerlapan yang biasanya terdapat pada permukaan daun, rumput dan di atas kereta pada pagi yang cerah. Embun terbentuk apabila udara yang berada di permukaan tanah menyejuk pada satu titik sehingga tidak boleh lagi menampung wap air. | UMUM | |
| SAP | Sap, dalam botani, bermakna cecair di dalam batang dan akar tumbuh-tumbuhan. Sebenarnya terdapat dua jenis sap. Satu jenis sap ialah air, berserta mineral yang terlarut, yang mengalir dari akar pokok ke daun. Ia mengalir melalui lapisan di batang dan dahan pokok yang dikenali sebagai xilem. Satu lagi jenis sap ialah air yang membawa makanan tumbuhan yang terlarut. Ia mengalir dari daun ke bahagian-bahagian tumbuhan tempat ia digunakan atau disimpan. Sap jenis ini bergerak dalam lapisan yang dikenali sebagai floem. | UMUM | |
| KELAYUAN | Kelayuan pada tumbuhan, ialah keadaan apabila daun dan batangnya melentuk dan mati. Ia biasanya adalah gejala penyakit tumbuhan yang menyebabkan sel-selnya musnah. Tumbuhan akan layu jika kekurangan air. Bakteria penyakit yang menyebabkan kelayuan akan menyumbat saluran yang membawa air pada tumbuhan. Banyak kulat yang menyerang tumbuhan boleh meyebabkan kelayuan, kadangkala dengan merembes racun ke dalam tisu tumbuhan. | UMUM | |
| SUNGKUP | Sungkup adalah mana-mana bahan yang ditabur di atas tanah supaya udara boleh lalu, tetapi air dalam tanah tidak boleh menyejat. Sungkup boleh terdiri daripada baja asli, jerami, rumput kering, clover, sekam, alfalfa, tongkol jagung, daun, habuk gergaji, serpai kayu dan banyak lagi bahan lain. Ia biasanya ditabur kira-kira lima sentimeter hingga lapan sentimeter tebalnya. Ia membantu menyimpan air dalam tanah dengan mengurangkan penyejatan, dan ia juga mereput dan memperkaya tanah. Ia juga mengurangkan rumpai yang hidup bersaing dengan tanaman. Sungkup berharga kepada pekebun di rumah, tetapi ia biasanya lebih mahal daripada baja komersial. | UMUM | |
| KIPAS | Kipas. Pada zaman dahulu, manusia mendapat tahu bahawa mereka dapat menyejukkan badan dalam cuaca panas dengan mengibaskan daun di udara untuk menghasilkan angin. Orang Assyria dan Mesir zaman dahulu menggunakan kipas tangan yang diperbuat daripada daun palma. Orang kaya mempunyai hamba yang mengipas mereka dengan menggunakan daun besar. Kipas digunakan juga untuk mengibas lalat daripada bekas yang mengandungi air suci di gereja kira-kira pada tahun 300 M hingga tahun 1300 M. | UMUM | |
| TENCH | Tench ialah ikan yang mempunyai badan dan kepala yang besar, bersirip bulat, dan bersisik kecil. Ikan ini biasanya berwarna hijau tua atau perang, dan kadangkala sedikit warna gangsa. Kulitnya merembes banyak mukus, yang menjadikan ikan ini berlendir. Tench hidup dalam air tenang di tasik, sungai, dan paya. Ia memakan haiwan dan tumbuhan yang mati, larva serangga, krustasea dan moluska. Tench mengeluarkan telur yang kecil di atas daun tumbuhan air. Ikan ini berasal dari Eurasia tetapi telah diperkenalkan ke Amerika Utara, Australia, dan New Zealand. Ia membesar melebihi 60 sentimeter panjangnya. Pengelasan saintifik . Tench tergolong dalam famili kap Cyprinidiae. Ia adalah Tinca tinca . | UMUM | |