Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Akta Parlimen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUZIUM BRITISH

Muzium British, di London, adalah antara

muzium agung kebangsaan yang paling tua.

Koleksi yang dipamerkan adalah antara yang

terbaik di dunia. Muzium ini ditubuhkan pada

tahun 1753 melalui akta Parlimen selepas Sir Hans

Sloane, doktor British dan juga ahli botani

mewasiatkan kesemua koleksinya kepada negara.

Muzium ini dibuka pada 15 Januari 1759, di

Montagu House, West End; London. Pada tahun

1847, bangunan baru telah menggantikan

Montagu House dan penambahan koleksi telah

dilakukan semenjak tarikh tersebut. Muzium

British menarik lebih empat juta pengunjung

setiap tahun.

UMUM 
PERLEMBAGAAN BRITISH

Perlembagaan British ialah rangka kerja

kerajaan dan undang-undang Great Britain.

Perlembagaan ini tidak dinyatakan dalam

sebarang dokumen tetapi terdiri daripada

beberapa piagam yang berasingan, akta parlimen,

keputusan undang-undang, dan adat. Mengikut

undang-undang, Parlimen ialah institusi yang

paling tinggi kedudukannya dan ia boleh

mengubah sebarang peruntukan perlembagaan.

Tetapi, mengikut tradisi, terdapat beberapa

perkara yang tidak dapat diubah oleh parlimen.

Misalnya, rakyat dilindungi daripada sebarang

pemenjaraan yang tidak sah berasaskan writ of

habeas corpus , yang bertarikh dari tahun 1200-an

(lihat Habeas corpus ).

UMUM 
LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), perbadanan yang menyediakan kemudahan untuk ahli. LTAT ditubuhkan pada bulan Ogos 1972 di bawah Akta Parlimen (Akta 101/1973).

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
MARA

MARA, agensi berkanun. MARA ialah singkatan Majlis Amanah Rakyat. Ia ditubuhkan melalui Akta Parlimen 1966, sebagai sebuah badan berkanun. Sejarah penubuhan MARA adalah berikutan bubarnya Rural and Industrial Development Authority (RIDA) atau Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan yang telah ditubuhkan pada tahun 1950 untuk memperbaiki ekonomi dan sosial bumiputera di Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
FINAS

FINAS, organisasi yang menguruskan hal ehwal perfileman di Malaysia. FINAS ialah singkatan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Perbadanan ini telah ditubuhkan oleh kerajaan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta Parlimen 244 dan memulakan operasinya pada 1 November 1981.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
SURUHANJAYA DIRAJA

Suruhanjaya Diraja (Royal Commission) ialah

badan yang dilantik oleh raja British bagi

menjalankan sesuatu siasatan. Matlamatnya

ditentukan oleh bidang kuasa yang diberikannya

bagi sesuatu penyiasatan. Ia dianggotai oleh

beberapa orang yang tidak dibayar gaji.

Penyiasatan yang dilakukannya boleh merangkumi

penguatkuasaan undang-undang, aduan, suasana

yang wujud dalam industri atau hal-hal yang

berkaitan pendidikan, dan sosial. Hasil siasatan

dilaporkan kepada setiausaha dalam negeri.

Suruhanjaya Diraja tidak boleh memaksa sesuatu

dokumen atau sebarang bukti diberikan kepadanya

kecuali ia mempunyai kuasa khusus yang diberikan

oleh Akta Parlimen bagi tujuan tersebut. Di

Australia dan New Zealand, pihak kerajaan akan

meminta gabenor jeneral atau gabenor negeri

untuk melantik seseorang bagi membentuk

Suruhanjaya Diraja dan membuat laporan.

UMUM 
LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA

LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA, badan berkanun yang berkhidmat untuk masyarakat tani. Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) terletak di bawah Kementerian Pertanian. LPN telah ditubuhkan pada 20 September 1971 di bawah Akta Parlimen No. 47, Akta Lembaga Padi dan Beras Negara Tahun 1971. Penubuhan LPN ini adalah hasil gabungan dua buah agensi kerajaan iaitu Bahagian Bekalan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dengan Perbadanan Pemasaran Padi dan Beras.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMANYAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN, tabung pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.  Yayasan ini ditubuhkan bagi memperingati jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.  Yayasan Tunku Abdul Rahman telah ditubuhkan secara rasmi melalui Akta Parlimen Bilangan 43, bertajuk Akta Tabung AmanahYayasan Tunku Abdul Rahman.  Akta ini diluluskan di Parlimen pada 15 Julai 1966.  Tujuan tabung pendidikan ini diadakan adalah bagi membantu pelajar-pelajar Melayu pada peringkat pengajian tinggi.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
STAMP ACT

Stamp Act (Akta Setem). Parlimen British

meluluskan Stamp Act pada bulan Mac 1765. Tujuan

diadakan akta ini adalah untuk mendapatkan dana

bagi menyokong tentera British yang berpangkalan

di Amerika Utara. Akta itu menetapkan bahawa

orang Amerika mesti membeli setem untuk urusan

surat perjanjian, pinjaman perumahan, lesen

minuman keras, lesen undang-undang, bermain

terup, dan almanak. Bahkan pemilik akhbar dan

penerbit terpaksa membeli setem untuk penerbitan

mereka.

UMUM 
ACT OF UNION

Act of Union (Akta Kesatuan) menggabungkan

parlimen yang berasingan menjadi satu Parlimen

United Kingdom di Westminster, London. Akta

pertama berhubung dengan Parlimen Scotland

dikuatkuasakan pada tahun 1707. Akta kedua

berhubung dengan Ireland berkuat kuasa pada

tahun 1801.

UMUM 
12

Kembali ke atas