AMERIKA UTARA | Amerika Utara, benua ketiga terbesar di dunia selepas benua Asia dan Afrika. Ia menganjur dari Lautan Artik di utara ke Amerika Selatan di selatan. Amerika Utara mempunyai bilangan penduduk yang keempat teramai di dunia selepas Asia, Afrika, dan Eropah. | UMUM | |
POKEWEED | Pokeweed ialah sejenis pokok herba saka yang tinggi dan bercabang dengan bunga hijau – keputihan dan batang berwarna merah. Ia berasal dari timur Amerika Utara, dan telah diperkenalkan ke barat Amerika Utara dan ke benua lain. Pokeweed tumbuh antara satu dan tiga meter tinggi. | UMUM | |
AMERIKA SELATAN | Amerika Selatan ialah benua keempat terbesar selepas Asia, Afrika, dan Amerika Utara dari segi keluasan dan yang kelima selepas Asia, Eropah, Afrika, dan Amerika Utara dari segi jumlah penduduk. Amerika Selatan meliputi kira-kira 12 peratus daripada keseluruhan daratan dunia dan menampung kira-kira enam peratus daripada keseluruhan penduduk dunia. Benua ini terbahagi kepada 12 negara merdeka dan dua unit politik yang lain. | UMUM | |
PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS AMERIKA UTARA | Perjanjian perdagangan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PERSIDANGAN PAN-AMERIKA | Persidangan Pan-Amerika ialah pertemuan perwakilan daripada negara Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pertemuan ini juga dikenali sebagai Persidangan Antara-Amerika . Dalam persidangan ini, negara-negara di benua Amerika akan berusaha mewujudkan hubungan yang baik sesama mereka. | UMUM | |
PRAIRIE | Padang rumput kawasan sederhana di Amerika Utara. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
PRONGHORN | Pronghorn ialah haiwan berhuf yang hidup di Amerika Utara. Badannya gempal, telinganya besar, kakinya kurus dan ekornya pendek. Warnanya berbeza-beza daripada perang cerah hingga kepada perang kemerahan. Ia mempunyai sedikit bulu putih pada bahagian bawah, pinggul, sisi muka dan lehernya. | UMUM | |
TARIAN DATARAN | Tarian dataran ialah sejenis tarian rakyat di Amerika Utara yang dilakukan secara berkumpulan yang dianggotai oleh empat pasang penari. Pasangan ini boleh menari mengikut susunan segi empat ataupun dalam susunan bulatan yang dikenali sebagai set larian . Mereka juga boleh menari berbaris memanjang , dengan dua baris pasangan bertentangan. | UMUM | |
AMERIKA | Amerika ialah dataran besar di Hemisfera Selatan. Amerika terdiri daripada Amerika Utara dan Amerika Selatan. Tanah besar Amerika ialah dataran yang terpanjang di bumi, dari utara ke selatan. Jarak yang paling jauh dari utara ke selatan pula ialah 14 000 kilometer, dari Semenanjung Boothia di Kanada hingga ke Cape Froward di Chile. Titik paling hujung ke barat benua tersebut terletak di Semenanjung Seward di pantai barat Alaska. Bahagian timur laut Brazil ialah titik paling hujung ke timur. Amerika juga meliputi banyak pulau yang terletak di utara, selatan, timur, dan barat benua tersebut. Amerika Utara dan Amerika Selatan dihubungkan oleh satu jambatan darat yang paling sempit di Segenting Panama. | UMUM | Umum |
PHOEBE | Phoebe ialah burung kecil, aktif, yang berasal dari Amerika Utara dan Amerika Selatan, yang tergolong dalam famili flycatcher . Phoebe mempunyai belakang berwarna hijau zaitun kekelabuan dan dadanya putih kekuningan. | UMUM | |