AMIR HAMZAH | Amir Hamzah (1911–1946), penyair Indonesia. Nama sebenarnya ialah Tengku Amir Hamzah Pangeran Indra Putra. Beliau dilahirkan di Tanjungpura, Langkat, Sumatera Utara pada 28 Februari 1911. | SASTERA | Tokoh |
AMIR HAMZAH | AMIR HAMZAH (1911-1946), penyair Indonesia yang digolongkan dalam Angkatan Pujangga Baru. | SASTERA | Konsep |
HIKAYAT AMIR HAMZAH | | SASTERA | Karya |
NYANYI SUNYI | NYANYI SUNYI, kumpulan puisi karya Amir Hamzah. Kumpulan puisi ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1937. Nyanyi Sunyi diterbitkan semula pada tahun 1963 oleh BI-Publication Limited, Kuala Lumpur dan pada tahun 1982 kumpulan ini diterbitkan pula oleh P.T. Dian Rakyat, Jakarta. Nyanyi Sunyi turut diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti pada tahun 1991. Kumpulan puisi ini memuatkan 24 buah puisi yang bertemakan ketuhanan. | SASTERA | Karya |
MALUNGUN | MALUNGUN (1938 - ) penulis. Dia lahir pada 26 November 1938 di Chemor, Perak. Nama sebenarnya ialah Amir Hamzah bin Shamsuddin. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1946 dan menyambung pelajaran di Sekolah Melayu Central, Ipoh. Malungun kemudian menjadi guru pelatih dan pada tahun 1955, dia memasuki Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. Pada tahun 1959, dia melanjutkan latihan perguruannya di Maktab Bahasa, Kuala Lumpur. Dia belajar secara persendirian hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1963. | SASTERA | Tokoh |
EPIK ISLAM | EPIK ISLAM, karya kesuassteraan tradisional yang memaparkan kisah seseorang tokoh pahlawan yang pernah berjuang menegakkan syiar Islam. Dua contoh yang tepat dapat dikemukakan sebagai epik Islam dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah. Secara umum kedua-dua hikayat ini juga dikenal sebagai sastera pahlawan. | SASTERA | Penerbitan |
TENGKU ABU BAKAR HUSNY | TENGKU ABU BAKAR HUSNY (1919 – 1983), wartawan Indonesia. Dia dilahirkan di Langkat, Sumatera, Indonesia. Tengku Abu Bakar Husny berasal daripada kerabat diraja. Bapanya bergelar Tengku Panglima Setia Raja. Dalam penulisan sastera, Tengku Abu Bakar Husny lebih dikenal dengan nama Arita Kasih, A.B. Kasih dan Area Jembel. Nama-nama seperti A.B. Husny, Area Jembel dan T.A.B. Husny digunakan untuk menulis rencana dan kritikan, sementara Arita Kasih digunakan untuk “sorotan cerpen” dalam majalah Mastika setiap bulan. Dalam penulisan rencana terutama yang menyentuh hal yang berkaitan dengan kesenian atau kebudayaan, sejarah, isu luar negara, kertas kerja dan buku mengenai Pujangga Amir Hamzah, dia menggunakan nama sebenarnya iaitu Tengku Abu Bakar Husny. | SASTERA | Tokoh |