MARY ANN LAMB | | UMUM | |
NICOL ANN DAVID, DATUK | Nicol Ann David (1983- ) ialah ratu skuasy kebangsaan dan pemain nombor satu dunia. | SUKAN | Tokoh |
ANN ABDUL MAJID | ANN ABDUL MAJID, Datin (1928 - ), tokoh kebajikan masyarakat. Dia lahir pada 20 Mac 1928 di Kuala Lumpur. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Baru pada tahun 1934 dan kemudian dia meneruskan persekolahan di Sekolah Convent Kuala Lumpur pada tahun 1938. Dia melanjutkan pengajian di London School of Economics dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan mendapat Diploma of Social Sciences. Dia juga mendapat Diploma in Administratration of Rehabilitation Services, Toronto, Kanada. | BUDAYA | Konsep |
ELIOT, GEORGE | Eliot, George (1819–1880) ialah nama pena Mary Ann (atau Marian) Evans, penulis novel Inggeris yang terkemuka. Kebanyakan cerita fiksyennya menggambarkan kehidupan kelas pertengahan di kawasan luar bandar semasa zaman kanak-kanak dan remajanya. | UMUM | |
ROSMERA | ROSMERA (1927- ), penyair dan penulis Singapura. Dia lahir pada 23 Mac 1927 di Singapura. Nama sebenarnya ialah Munir bin Ali. Dia juga menggunakan nama pena A. Murni, Juwita Murni, Kamal Ariffin dan Roskartadina. Dia menerima pendidikan awal di Sekola Melayu Singapura. Setelah tamat sekolah Melayu, dia menjadi guru pelatih dari tahun 1939 hingga tahun 1946. Sewaktu pendudukan Jepun, dia memasuki sekolah Kokugo Gakko dan Shihan Gakko. Selepas lulus Sijil Tinggi Persekolahan (HSC), Rosmera memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Melayu di Stamford College, Gaya Pos di Singapura. Rosmera pernah menjadi pensyarah dalam bidang Kesusasteraan Moden di Ann College, Singapura. Selepas itu dia ke Indonesia dan belajar di Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda. | SASTERA | Tokoh |