REPUBLIK ARAB BERSATU | Republik Arab Bersatu (U.A.R) ialah kesatuan dua buah negara Timur Tengah yang merdeka, iaitu Mesir dan Syria. Presiden Gamal Abdul Nasser dari Mesir dan Presiden Shukri al-Kuwatly dari Syria mengisytiharkan kesatuan ini pada 1 Februari 1958. Pemberontak Syria menamatkan kesatuan ini pada 29 September 1961, dengan menubuhkan kerajaan yang bebas bagi Syria. Mesir terus menggunakan nama Republik Arab Bersatu sehingga tahun 1971, apabila Mesir menukar nama rasminya kepada Republik Arab Mesir. Pada bulan April 1963, Mesir, Syria, dan Iraq bersetuju membentuk Republik Arab Bersatu yang baru. Tetapi, disebabkan perbezaan pendapat dan politik di kalangan negara tersebut, perjanjian ini tidak dapat dilaksanakan. | UMUM | |
PEMINJAMAN BAHASA ARAB | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMINJAMAN BAHASA ARAB, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku sejak kedatangan Islam ke Alam Melayu. Terdapat lima bukti tentang sejarah awal kedatangan Islam dan pengaruh Arab di Alam Melayu, iaitu: | BAHASA | Konsep |
PEMINJAMAN BAHASA TIMUR TENGAH | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMINJAMAN BAHASA TIMUR TENGAH, penyerapan unsur bahasa yang berasal daripada bahasa-bahasa di Timur Tengah atau Asia Barat. Unsur bahasa Timur Tengah yang meresap ke dalam bahasa Melayu datangnya daripada bahasa Arab, parsi dan Turki. Proses peminjaman itu bermula dari zaman kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang bermula pada abad ke-3 H. tetapi mula berkembang pada abad ke-5 H (abad ke-11 M). | BAHASA | Konsep |
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN | 1; LEFT: 0pt; POSITION: absolute; mso-ignore: vglayout"> TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PENGAJIAN MELAYU DI THAILAND | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI THAILAND, pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di Thailand merupakan pengajian sampingan bermula bersama-sama penyebaran agama Islam khususnya di bahagian selatan Thailand. Secara formalnya, pengajian Melayu di kawasan tersebut bermula di institusi pengajian agama yang dikenal sebagai sekolah pondok. Di samping mempelajari agama Islam, pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu supaya mereka dapat memahami kitab agama yang ditulis dalam tulisan Jawi. Struktur bahasa Melayu dipengaruhi struktur bahasa Arab. Setelah sistem ejaan Rumi diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia, maka sistem tulisan Rumi mula diperkenalkan di institusi-institusi tersebut supaya pelajar dapat membaca buku-buku agama yang diterbitkan dari negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia. Walau bagaimanapun, tulisan Jawi lebih digemari daripada tulisan Rumi. Kegemaran ini menyebabkan kerajaan Thailand mengistilahkan ‘bahasa Melayu’ sebagai ‘Bahasa Jawi’ dalam perlembagaannya. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
WARTA MALAYA | WARTA MALAYA, akhbar harian bertulisan Jawi sebelum Perang Dunia Kedua. Akhbar ini mula diterbitkan pada 1 Januari 1930. Pada peringkat awal, akhbar ini diterbitkan oleh Anglo-Asiatic Press, di North Bridge Road, Singapura. Mulai 1 Januari 1934, syarikat ini menukar namanya kepada Warta Malaya Press Limited dan pemiliknya masih tetap Syed Hussein Ali al-Sagoff, seorang hartawan berketurunan Arab. Semasa pendudukan Jepun, penerbitan akhbar ini telah diambil alih oleh Jepun dan diterbitkan dalam tulisan Rumi. | SASTERA | Penerbitan |
ORANG ACEH | ORANG ACEH, suku1"> kaum yang berasal dari Aceh, Sumatera Utara, Indonesia. Orang Aceh dipercayai berasal dari Keling, Madras dan Malabar di India dan mereka beragama Hindu. Setelah Islam tersebar, mereka memeluk agama Islam di Aceh. Orang Aceh juga dipercayai berasal dari negara Arab, Parsi dan Turki. Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa orang Aceh berasal dari Campa (Indochina). | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
CERITA PARA NABI | CERITA PARA NABI, hasil sastera Melayu klasik yang disadur daripada sastera Parsi dan Arab. Cerita ini adalah untuk menyebarluaskan ajaran Islam, meningkatkan keimanan, menyampaikan sifat peribadi yang mulia dan untuk memberi pengajaran dan pendidikan kepada masyarakat Islam, supaya mereka dapat mengambil teladan daripada peristiwa yang menimpa golongan masyarakat yang mengingkari Allah dan sunah. 1"> | SASTERA | Konsep |
SEKOLA MELAYU | SEKOLA MELAYU, akhbar mingguan Melayu yang terbit di Singapura. Sekola Melayu mula diterbitkan pada 1 Ogos 1888 (22 Zulkaedah 1305 H.) pada setiap hari Rabu dan terbit seminggu sekali. Akhbar ini mengandungi empat halaman dengan menggunakan tulisan Jawi dan dicetak dengan cap batu. Akhbar ini mula dicetak di Arab Street dan kemudian berpindah ke Dalhousie Lane, Singapura. | BAHASA | Kitab |
DAULAT | DAULAT, kuasa, kerajaan, empayar, dinasti yang memerintah, pemerintahan negara atau negeri. Daulat berasal daripada kata Arab, ‘daulatun’. Dalam konteks kerajaan, daulat menjadi inti kepada hak individu dan kelompok untuk membolehkan mereka melaksanakan kuasa dan wibawa untuk memerintah. Apabila dihubungkan dengan politik pemerintahan, daulat menjadi unsur pengiktirafan secara lisan, kepercayaan atau tulisan (piagam atau perlembagaan) kepada individu atau kelompok bagi melaksanakan atau menegaskan kuasa atau wibawa terhadap anggota masyarakat sesebuah negeri atau negara. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |