PERTUBUHAN MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASIA TENGGARA | Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara [Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO)] ialah pertubuhan serantau yang bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama antara negara-negara Asia Tenggara menerusi bidang pendidikan, sains, dan kebudayaan. | UMUM | |
ASIA TENGGARA | Asia Tenggara merangkumi semenanjung dan kepulauan di sebelah timur India dan Bangladesh serta di sebelah selatan China. Rantau ini mengandungi negara Brunei Darussalam, Myanmar, Kemboja, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan sebahagian besar Indonesia. | UMUM | |
MAJLIS SASTERA ASIA TENGGARA (MASTERA) | Majlis Sastera Asia Tenggara. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA | Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (Association of Southeast Asian Nations [(ASEAN)] ialah sebuah pertubuhan negara-negara di Asia Tenggara – Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura , Thailand, dan Vietnam. Ia menggalakkan kerjasama ekonomi, kebudayaan, dan sosial di kalangan negara anggota. Walaupun ASEAN berusaha menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai rantau yang aman dan stabil, namun ia bukan satu pakatan ketenteraan. | UMUM | |
ISLAM DI ASIA TENGGARA | ISLAM DI ASIA TENGGARA, perkembangan agama Islam di Asia Tenggara yang bermula sejak abad ke-5 M. Islam di Asia Tenggara adalah gambaran daripada sebuah sosiopolitik yang beragam, meskipun terikat oleh keadaan tradisi keagamaan yang sama. Islam ialah agama majoriti penduduk Brunei Darussalm, Indonesia dan Malaysia. Di Singapura, Thailand, Filipina dan Myanmar, minoriti penduduknya beragama Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PERTUBUHAN PERJANJIAN ASIA TENGGARA (SEATO) | Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) ialah perikatan lapan buah negara yang menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Asia Tenggara di Manila, Filipina, pada 8 September 1954. Anggotanya terdiri daripada Australia, Perancis, New Zealand , Pakistan, Filipina, Thailand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Pakistan menarik diri pada tahun 1972. SEATO dibubarkan pada tahun 1977. | UMUM | |
GERAKAN ISLAH AWAL DI ASIA TENGGARA | GERAKAN ISLAH DI ASIA TENGGARA, gerakan pembaharuan Islam yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh ulama yang memperjuangkan mazhab Syafie. Gerakan ini cuba menghapuskan aliran tradisional mazhabiyah, iaitu golongan yang berpegang kepada empat mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie. Para pendukung gerakan ini digelar sebagai Kaum Muda oleh golongan tradisional, manakala golongan tradisional pula menggelar diri mereka sebagai Kaum Tua. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PERANG VIETNAM | Perang Vietnam ialah konflik besar yang berlaku di Asia Tenggara. Perang itu bermula daripada perang saudara untuk menentukan kerajaan Vietnam. Ia akhirnya menjadi konflik antarabangsa yang besar, melibatkan Amerika Syarikat dalam peperangan yang paling lama pernah disertai oleh rakyat Amerika. Ia bermula pada tahun 1957 dan berakhir pada tahun 1975. Vietnam , sebuah negara kecil di Asia Tenggara, telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Vietnam Utara yang diperintah oleh kerajaan komunis dan Vietnam Selatan yang diperintah oleh kerajaan bukan komunis. Vietnam Utara dan pemberontak Vietnam Selatan yang dilatih oleh pihak komunis bertempur bersama-sama untuk menguasai Vietnam Selatan. Tentera Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan cuba menghalang mereka tetapi gagal. | UMUM | |
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA | Sebuah organisasi serantau yang bertujuan untuk menyelaras serta mempereratkan kerjasama di kalangan negara-negara anggotanya. ASEAN telah diasaskan oleh Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
EJAAN DAN TULISAN RENCONG | EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India.
| BAHASA | Bahasa |