ZEN | Zen ialah suatu bentuk agama Buddha Asia Timur. Agama Buddha Zen dianuti terutamanya oleh orang Jepun dan kuat mempengaruhi budaya masyarakat tersebut. Sejak pertengahan tahun 1900-an, Zen mempunyai pengikut di serata dunia. | UMUM | |
MINYAK TUNG | Minyak tung ialah minyak yang didapati daripada isirung biji tung. Pokok tung pada asalnya tumbuh di Asia Timur, terutamanya di China. Minyak tung juga dikenali sebagai minyak China-wood, minyak Japanese-wood , atau sebagai minyak wood sahaja. Minyak tung adalah satu daripada agen pengering yang paling berkuasa. Minyak ini tahan terhadap asid, alkali dan alkohol. | UMUM | |
PERSIDANGAN WASHINGTON | Persidangan Washington ialah mesyuarat yang diadakan di Washington, D.C., bagi membincangkan perlucutan senjata tentera laut dan masalah tertentu yang melibatkan Asia Timur. Mesyuarat tersebut berlangsung dari bulan November 1921 hingga bulan Februari 1922. Negara yang menghadiri mesyuarat tersebut ialah Belgium, China, Perancis, Great Britain, Itali, Jepun, Belanda, Portugal, dan Amerika Syarikat. | UMUM | |
SABUNG AYAM | Sabung ayam ialah sukan yang melibatkan perlagaan dua ekor ayam sabung dalam satu pertarungan sehingga membawa maut. Sukan tersebut diharamkan di banyak negara. Namun begitu, kadangkala ia dijalankan secara rahsia. Sabung ayam merupakan salah satu sukan awam yang popular di Sepanyol, Amerika Latin, dan bahagian-bahagian Asia Timur. | UMUM | |
TIMUR JAUH | Timur Jauh ialah istilah yang kadangkala digunakan untuk merujuk pada bahagian yang paling timur di Asia. Mengikut tradisi, istilah ini digunakan untuk merujuk pada negara China, Hong Kong, Jepun, Korea, Macao, Taiwan, dan timur Siberia di Rusia. Wilayah ini, tidak termasuk Siberia timur, kini sering disebut sebagai Asia Timur. Makna bagi istilah Timur Jauh kadangkala diperluas hingga merangkumi Asia Tenggara. Negara-negara Asia Tenggara terdiri daripada Brunei, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam. Istilah Timur Jauh dicipta oleh negara Eropah. Wilayah ini terbentang jauh ke timur Eropah. Lihat juga rencana tentang negara-negara dan unit politik lain yang dijelaskan dalam rencana ini. | UMUM | |
KOREA | Korea ialah negara di timur Asia yang terdiri daripada dua buah negara. Salah sebuahnya ialah Republik Korea – biasanya dikenali sebagai Korea Selatan. Seoul ialah ibu negara dan bandar raya terbesar. Sebuah lagi ialah Republik Rakyat Demokratik Korea – biasanya dikenali sebagai Korea Utara. Pyongyang ialah ibu negara dan bandar raya terbesar. Korea Utara ialah kerajaan Komunis. Kerajaan Korea Selatan pula anti- Komunisme. | UMUM | |
LILI HARIMAU | Lili harimau ialah bunga taman yang tinggi yang pada asalnya tumbuh di timur Asia. Ia mendapat namanya kerana bunganya berwarna jingga kemerahan dengan bertompok-tompok hitam. Penduduk di China, Jepun dan Korea menggunakan bebawang lili harimau sebagai makanan. | UMUM | |
EMPAYAR MONGOL | Empayar Mongol ialah empayar yang terbesar dalam sejarah. Sempadannya bermula dari Laut Kuning di sebelah Timur Asia hingga ke sempadan timur Eropah. | UMUM | |
ASIA KECIL | Asia Kecil ialah semenanjung di barat Asia. Ia terletak di antara Laut Hitam dengan Laut Mediterranean. Asia Kecil merupakan sebahagian Turki di Asia. Sesetengah orang menamakan kawasan ini Anatolia . Asia Kecil dipisahkan oleh Laut Aegean dari Greece di sebelah barat. Di sebelah timur, semenanjung ini menganjur ke hulu Sungai Euphrates. Asia Kecil ialah nama geografi untuk kawasan ini. Turki menduduki kesemua tanah di semenanjung ini. | UMUM | |
MONITOR | Monitor ialah nama bagi sekumpulan kira-kira 30 jenis cicak yang hidup di Kepulauan Solomon, New Guinea, Australia, Hindia Timur, Asia Selatan, dan Afrika. Di Australia, monitor dikenali sebagai goanna . Monitor mempunyai kepala dan leher yang panjang dan lidah yang sempit bercabang dalam. Badannya berwarna hitam atau perang berjalur-jalur, berbintik-bintik atau bertelau-telau. Kakinya pendek dan kuat, dan hujung ekornya seperti cemeti. Biasanya panjang monitor sekurang-kurangnya satu meter. Satu spesies biasanya komodo dragon, berukuran tiga meter panjangnya. Ia hidup di Kepulauan Sunda Kecil, di Indonesia. | UMUM | |