Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep bin: Ali b Musa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata B II


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN AHMAD TAJUDDIN HALIM SYAH II

<B style="mso-bidi-font-weight: normal">SULTAN AHMAD TAJUDDIN HALIM SYAH II B>(1770-an – 1843), Sultan Kedah yang ke-21 (1803 – 1843).  Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah.  Baginda adalah putera Sultan Abdullah Mukarram Syah (1778 – 1798).  Nama sebenar baginda ialah Tunku Pangeran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BUKU PERJALANAN SI TENGGANG II

<B>BUKU PERJALANAN SI TENGGANG IIB>, kumpulan puisi karya Muhammad Haji Salleh yang diterbitkan pada tahun 1975, oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

SASTERAPenerbitan
SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH IIKapsyen          :           Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Allallahi Syah II

 

<B style="mso-bidi-font-weight: normal">SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH IIB> (1924-1984), Sultan Perak yang ke-33 (1963-1984). Baginda diputerakan pada 12 Ogos 1924 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Baginda ialah putera kedua Sultan Iskandar Syah dan  Raja Teh Umi Kalsum binti Raja Muhammad Iskandar. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Chandan pada tahun 1931. Setahun kemudian, baginda ditukarkan ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LEKRA

<B>LEKRAB>, organisasi kebudayaan Indonesia. LEKRA adalah singkatan daripada Lembaga Kebudayaan Rakyat. LEKRA ditubuhkan pada 17 Ogos 1950 di Jakarta. Organisasi kebudayaan ini didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Pemimpin LEKRA terdiri daripada D.N. Aidit (Ketua PKI) Njoto, (wakil Ketua II dalam Politburo PKI), M.S. Ashar, A.S. Dharta, dan Joebaar Ajoeb. Setiausaha Pusat LEKRA ialah A.S. Dharta, M.S. Ashar, dan Herman Arjuno (masing-masing Setiausaha I, II dan III). Henk Ngantung dan Joebaar Ajoeb menjadi ahli pada Sekretariat Pusat. Keseluruhan pimpinan Pusat LEKRA terdiri daripada 41 orang yang merancang dan mengendalikan dasar perjuangan LEKRA menurut arahan PKI.

SASTERAInstitusi/Organisasi
BORMANN, MARTIN

<B style="mso-bidi-font-weight: normal">Bormann, MartinB> (1900–1945?) adalah salah

seorang pemimpin Nazi yang paling berkuasa di

Jerman semasa Perang Dunia II (1939–1945). Dia

berkhidmat sebagai pembantu utama diktator Nazi

Adolf Hitler dan membantu menggubal dasar Nazi.

Bormann menyokong langkah paling keras yang

diambil terhadap orang Yahudi, orang Poland dan

gereja Kristian.

UMUM 
PELITA BAHASA MELAYU

<B style="mso-bidi-font-weight: normal">PELITA BAHASA Melayu,B> buku tatabahasa dan latihan penggunaan bahasa Melayu.  Buku ini dikarang oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu.  Pelita Bahasa Melayu Penggal I (PBM I) diterbitkan pada tahun 1940, Pelita Bahasa Melayu  Penggal II (BM II) pada tahun 1946 dan Pelita Bahasa Melayu Penggal III (PBM III) pada tahun 1947.  Ketiga-tiga penggal itu telah dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1962.  Penggal I dicetak semula sebanyak tiga kali, dan yang terakhirnya pada tahun 1965.

BAHASAPenerbitan
BRYANT, SIR ARTHUR

<B style="mso-bidi-font-weight: normal">Bryant, Sir ArthurB> (1899–1985) ialah ahli

sejarah dan pengarang British. Karya sejarahnya

termasuklah buku tentang Samuel Pepys dan

biografi tentang Charles II dan George V.

UMUM 
BRAMANTE, DONATO

<B style="mso-bidi-font-weight: normal">Bramante, DonatoB> (1444–1514) ialah arkitek

dan pelukis Zaman Renaissance Itali. Bangunan

Bramante, yang dikenali sebagai Tempietto (1502),

di Gereja San Pietro di Montoria menandakan

tempat St. Peter disalib di Rom, mengikut ceritanya.

Bramante mereka bentuk bangunan ini menyerupai

kuil Rom yang kecil bulat. Dia juga membuat reka

bentuk asal untuk Gereja St. Peter di Rom, dan

mereka bentuk Belvedere Courtyard (1505–1513) di

Vatican.

Bramante lahir dekat Urbino, Itali. Minat awalnya

adalah seni lukis dan matematik. Dia menerima

latihan seni bina daripada Luciano Lauran, ketua

arkitek Urbino. Selepas tinggal di Milan untuk

beberapa lama, Bramante menetap di Rom pada

tahun 1499. Di sana dia mengkaji puing Rom

purba. Oleh sebab pengetahuannya yang meluas

tentang seni bina purba, dia diambil bekerja

sebagai arkitek oleh Paus Alexander VI dan Julius

II. Bramante terkenal kerana mengembalikan

kepopularan dua bahan binaan Rom purba, iaitu

konkrit dan stucco.

Lihat juga <B style="mso-bidi-font-weight: normal">Gereja Saint PeterB> (Sejarah).

UMUM 
SULTAN ABDUL JALIL SYAH III

<B style="mso-bidi-font-weight: normal">SULTAN ABDUL JALIL SYAH III B>( ? – 1677), Sultan Johor yang kelapan (1623 - 1677) yang berketurunan Sultan Melaka.  Baginda adalah putera Sultan Alauddin Riayat Syah II, Johor.  Baginda juga dikenal sebagai Raja Bujang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MENDAKI

<B style="mso-bidi-font-weight: normal">MENDAKIB>, pertubuhan orang Melayu Singapura.  MENDAKI ialah singkatan Majlis Pendidikan Anak-anak Islam di Singapura.  Pertubuhan ini ditubuhkan pada 10 Oktober 1982.  Nama pertubuhan ini kemudiannya ditukarkan kepada Majlis Pembangunan Masyarakat Islam Singapura (MENDAKI II) pada bulan Jun 1989.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
123

Kembali ke atas