EJAAN RUMI ZA'BA | EJAAN RUMI ZA’BA, sistem ejaan Rumi yang disusun untuk bahasa Melayu oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dan telah dimuatkan dalam buku Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang diterbitkan pada tahun 1949. Sistem ejaan ini juga telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam buku Pelita Bahasa Melayu oleh penyusun yang sama. Nama asal bagi sistem ejaan ini ialah “Petua-Petua Ejaan Rumi” dan sempena nama penyusunnya, sistem ini dikenal dengan nama Sistem Ejaan Rumi Za’ba.
| BAHASA | Bahasa |
ZA'BA | tokoh bahasa Melayu yang digelar Pendeta. | BAHASA | Tokoh |
ZA'BA, TAN SRI | Za’ba, Tan Sri (1896 –1973) ialah tokoh bahasa, kesusasteraan, dan nasionalis Melayu. Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Nama penanya ialah Anak Melayu Jati, Patriot, dan Zai Penjelmaan. | UMUM | |
ZAHARAH ZA'BA | ZAHARAH ZA’BA (1920-1988), penyair dan wartawan. Nama sebenarnya ialah Zaharah Zainal Abidin. Dia lebih dikenal sebagai Zahara Za’ba kerana menggunakan nama ayahnya , pendeta Za’ba. Dia lahir pada 26 Julai 1920 di Kuala Kangsar, Perak. Zaharah lulus Darjah Lima, Sekolah Melayu Kampung Baru, Kuala Lumpur (1926-1929) dan mendapat sijil School Certifacate dari Sekolah menengah Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur (1938). Kemudian dia mengikuti Kelas Normal di Sekolah King Edward VII, Taiping, Perak dan lulus sebagai pendidik pada tahun 1940. | BUDAYA | Tokoh |
PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA | PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA, satu sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam buku karangan Za'ba yang berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Buku ini diterbitkan pada tahun 1949. Usaha mengumpul bahan untuk buku ini bermula pada tahun 1918 tetapi hanya pada tahun 1938 bahan-bahannya siap dikumpul. Pada bahagian permulaan buku ini diberikan kaedah tulisan Melayu dengan huruf Jawi atau dengan kata lain Pedoman Ejaan Jawi bagi bahasa Melayu. Sebenarnya sebelum disusun kaedah ejaan Jawi yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu, Za'ba telah menulis sebuah buku yang berjudul Rahsia Tulisan Jawi (1931). Pada tahun 1940, Za'ba memasukkan kaedah ejaan Jawi ke dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. | BAHASA | Bahasa |
BA MAW | Ba Maw (1893–1977), Perdana Menteri Burma (1937-1939). Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1893 di Maubin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BA JIN | Ba Jin (1904-2005), penulis novel. Nama sebenarnya ialah Li Yaotang atau Li Feigan. Beliau dilahirkan pada 25 November 1904 di Chengdu, Sichuan, China. | SASTERA | Tokoh |
NABI ILIAS A.S. | Nabi Ilias a.s. ialah salah seorang daripada nabi berketurunan Bani Israel. Nabi Ilias a.s. berasal daripada zuriat Nabi Harun a.s. dan salasilah keturunannya bertemu dengan keturunan Nabi Ibrahim a.s. Allah SWT mengutuskan Nabi Ilias a.s. kepada penduduk Ba‘labak iaitu kawasan barat bandar Hims ketika kerajaan Bani Israel berpecah selepas kewafatan Nabi Sulayman a.s. Kerajaan ini berpecah disebabkan oleh perselisihan raja-raja mereka kerana berebut kuasa, kekufuran dan kesesatan yang meluas di kalangan mereka. Mereka menyembah berhala bernama Ba‘la. Nabi Ilias a.s. menyeru mereka supaya menjauhi amalan menyembah berhala dan beralih kepada menyembah Allah SWT sahaja, tetapi mereka tidak menerimanya. | UMUM | |
ILMU MENGARANG MELAYU | ILMU MENGARANG MELAYU, buku bahasa karya Za’ba yang pertama kali terbit pada tahun 1934 dalam tulisan Jawi. Kini buku ini telah diulang cetak sebanyak lima kali dalam tulisan Jawi (1947, 1949, 1951, 1952 dan 1956) dan dua kali dalam tulisan Rumi (1962 dan 1965). | BAHASA | Karya |
EJAAN RUMI WILKINSON | EJAAN RUMI WILKINSON, sistem ejaan Rumi yang pertama bagi bahasa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem ejaan ini hasil daripada usaha yang dilakukan oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) yang membentuk sebuah Jawatankuasa Ejaan Rumi, diketuai oleh R.J. Wilkinson, pada tahun 1904. Sistem ejaan tersebut kemudiannya diberi nama Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Sistem tersebut digunakan dalam A Malay English Dictionary (Romanised) yang disusun oleh R.J. Wilkinson, kemudian menjadi dasar kepada Sistem Ejaan Rumi Za’ba atau Sistem Ejaan Sekolah.
| BAHASA | Bahasa |