Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MARHAN

MARHAN (1945 -     ) penyair dan pendidik. Dia lahir pada tahun 1945 di Machang, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Salleh. Marhan melanjutkan pengajiannya di Kolej Islam Malaya, Kelang, hingga lulus Sijil Tinggi Kolej tersebut. Kemudian dia bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pembantu penyelidik di Bahagian Perkamusan. Pada tahun 1970, Marhan meninggalkan DBP lalu menubuhkan dan mengusahakan sekolah swastanya sendiri Institut  Kebangsaan Machang. Institut ini kemudiannya diubah nama menjadi Institut Al-Huda dengan bahasa pengantar bahasa Melayu dan Arab. Selain sebagai pengetua Institut Al-Huda, Marhan dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Daerah Machang.

SASTERATokoh
THAHARUDDIN AHMAD

THAHARUDDIN AHMAD (1921 -      ), pengasas Gerakan Angkatan Melayu Muda Malaya (GERAM). Dia lahir pada 15 Februari 1921 di Barulak, Sumatera Barat, Indonesia. Dia menerima pendidikan awal di sekolah rendah, sebelum mempelajari Islam dan ekonomi di Moderne Islamietische Kweekschool (MIK), Darul Mu’alliminal ‘Ashriyah dan di Maktab Pendidikan Guru Islam Moden, Bukittinggi, Sumatera Barat. Di MIK, dia belajar selama empat tahun di tingkatan rendah aliran Arab, kemudian empat tahun lagi di tingkatan tinggi yang menggunakan aliran bahasa Arab dan Belanda. Setelah memperolehi Diploma Pendidikan Guru dan Ekonomi Rendah, dia bertugas sebagai guru di MIK hingga tahun 1939. semasa di sekolah tinggi, kesedaran politik antipejajah telah terbentuk hasil penglibatannya dalam gerakan pelajar di sana. Pada tahun 1940, Thaharuddin berhijrah ke Singapura dan menjadi guru di sebuah sekolah Arab, sebelum bertugas sebagai pengurus sebuah syarikat milik rakyat Indonesia hingga syarikat itu ditutup pada tahun 1941.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DHARMAWIJAYADHARMAWIJAYA (1937-   ), penyair dan pengkaji kesusasteraan Melayu. Dia lahir pada 23 Jun 1937 di Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Kamaruzzaman A. Kadir dan dia pernah memakai nama pena K. Zaman. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan hingga tamat Darjah Tujuh (1952). Setelah itu, dia mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak (1954-1956). Pada tahun 1960-an, dia mengikuti latihan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Di samping bekerja, dia belajar secara persendirian hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia dan beberapa tahun kemudian dia lulus Sijil Tinggi Persekolahan. Pada tahun 1973, dia melanjutkan pengajiannya di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya hingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (1976). Semasa bertugas di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, dia melanjutkan pengajiannya pada peringkat sarjana dan berhasil memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (1981). SASTERATokoh

Kembali ke atas