PERSATUAN BAHASA MELAYU | PERSATUAN BAHASA MELAYU, persatuan yang memperjuangkan status bahasa Melayu agar terus berkembang setaraf dengan bahasa maju di dunia. Kelahiran sesuatu persatuan bahasa Melayu di negara ini berkait rapat dengan sejajar pergerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu. Golongan yang berpendidikan tinggi sudah mula merasakan bahawa kegemilangan bahasa Melayu yang selama ini menjadi lingua france telah mula menurun. Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan mereka khuatir bahasa Melayu akan mengalami zaman kemerosotannya. Tempat bahasa Melayu akan diganti oleh bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Menyedari akibat buruk yang akan menimpa ini, maka lahirlah beberapa persatuan bahasa Melayu sejak tahun 1888 bagi memperjuangkan bahasa Melayu. | BAHASA | Persatuan |
PERISTILAHAN BAHASA MELAYU | PERISTILAHAN BAHASA MELAYU, proses penggubalan kata-kata khusus untuk bidang ilmu yang tertentu. Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan bahasa Melayu. Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Penggubalan istilah dan perkataan baharu dengan banyaknya ini telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada perkembangan bahasa Melayu. Daripada bahasa yang dianggap serba kekurangan, bahasa Melayu kini telah berhasil menjadi bahasa pengantar dalam bidang pendidikan, baik pada peringkat rendah mahupun pada peringkat pengajian tinggi. | BAHASA | Konsep |
BADAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU | BADAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU, badan yang menyelenggarakan usaha membina bahasa, menyempurnakan bentuk dan aturannya supaya dapat bahasa itu berfungsi sebagai bahasa moden, bahasa saluran fikiran dan perasaan yang canggih dan sebagai wahana budaya tinggi sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa utama sesuatu masyarakat. | BAHASA | Konsep |
ANUGERAH SASTERA NEGARA | Anugerah Sastera Negara ialah anugerah yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu, yang dianggap telah mencapai satu tahap yang telah ditetapkan oleh penganjur. Di samping itu sasterawan yang layak dianugerahi dengan hadiah sastera tertinggi negara ini mestilah telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air dengan menghasilkan karya yang bermutu tinggi. | UMUM | |
KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN | KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN, kamus bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang paling lengkap yang pernah diterbitkan di Malaysia. Kamus ini lengkap dari segi bilangan kata entri dan kata terbitan bahasa Inggeris, iaitu 38 000 kata entri dan diberi pengolahan kata entri yang begitu tuntas, terutamanya kata entri yang tinggi kekerapan penggunaannya. | BAHASA | Penerbitan |
SYED NASIR ISMAIL, TUN | Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat, Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Government English School, Batu Pahat dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah menamatkan pelajaran pada peringkat menengah, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus Penolong Nazir sekolah-sekolah. | UMUM | |
LEWIS, M.B. | LEWIS, M.B. (1890-1971), pengkaji bahasa Melayu. Dia lahir pada 13 Disember 1890 di Cardiff. Nama sebenarnya ialah Martha Blanche Lewis. Lewis dibesarkan di Wales dan menerima pendidikan tinggi di University of Cardiff. | BAHASA | Tokoh |
CRAWFURD, JOHN | CRAWFURD, JOHN (1783-1868), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Scotland. Dia lahir pada 13 Ogos 1783 di Bowmore, Isle of Islay, Scotland. Dia menerima pendidikan awal di Bowmore dan seterusnya melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang perubatan di Edinburgh pada tahun 1799. Pada tahun 1803, Crawfurd telah menamatkan pengajiannya dan memegang jawatan doktor perubatan. | BAHASA | Tokoh |
SEKOLAH ALAM SHAH | SEKOLAH ALAM SHAH, sekolah menengah berasrama penuh pertama yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk sekolah menengah. Sekolah Alam Shah terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan sekolah ini adalah hasil dan kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajar Kebangsaan yang diumumkan melalui Laporan Razak pada tahun 1956. Sekolah ini menjadi jambatan yang menyediakan peluang kepada pelajar aliran Melayu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DIALEK MELAYU BERAU | DIALEK MELAYU BERAU, dialek yang dituturkan oleh lebih kurang 40 000 orang di Propinsi Kalimantan Timur, Indonesia. Dialek ini belum pernah diselidiki dengan wajar seperti kebanyakan dialek Melayu di Pulau Borneo. Maklumat dialek itu sangat penting untuk rekonstruksi bahasa Melayu purba serta untuk memahami jaringan dialek Melayu di Pulau Borneo. Seperti dalam beberapa dialek di Pulau Borneo, dalam dialek Melayu Berau (DMB) hanya terdapat tiga fonem vokal, iaitu i, a, u. Hal ini disebabkan rentensi vokal tinggi pada semua posisi. Jadi o dan e tidak wujud dalam DMB; lihat, umpamanya, ‘orang’ dan ‘olak’ tetap urang dan ulak serta ‘lebar’ dan ‘sentak’ tetap libar dan sintak. Namun, selain rentensi itu, sudah terjadi inovasi pula. Dalam DMB, bunyi purba * disatukan dengan *a; ertinya * (pepet) dan *a tidak dibezakan. Maka, melalui retensi terdapat hanya dua vokal tinggi (*i dan *u) serta melalui inovasi * hilang. Fonologi DMB sememangnya hanya berisikan tiga vokal. | BAHASA | Bahasa |