AFRIKA SELATAN, SENI | Afrika Selatan, Seni. Seni di Afrika Selatan telah bermula sejak beribu-ribu tahun yang lalu dengan karya seni orang San. Mereka mengukir batu-batu tongkol dan melukis dinding-dinding gua serta tempat perlindungn mereka yang diperbuat daripada batu (lihat Khoisan ). Seni suku kaum primitif Afrika Selatan menerima pengaruh yang kuat daripada suku kaum kulit hitam Afrika yang berhijrah masuk dari utara. Suku kaum tersebut meneruskan tradisi kuno dalam seni pahat/ukir, seni anyaman bakul, seni tembikar, dan membuat manik. | UMUM | |
TAR BATU ARANG | Tar batu arang ialah cecair pekat, hitam dan melekit. Ia diperoleh sebagai keluaran sampingan dalam pembuatan kok, dan gas relau kok daripada batu arang lembut. Tar batu arang didapati dengan memeluwap sebahagiannya bertukar (kepada cecair) wap panas daripada relau kok atau pengeluar gas batu arang. | UMUM | |
AUSTRALIT | Australit ialah batu kecil, berbentuk kaca yang ditemui di bahagian selatan Australia. Para pelombong terdahulu menamainya batu butang, butang lelaki gelap, atau batu emu. Kebanyakan batu ini bergaris pusat kira-kira 2.5 sentimeter dan berwarna hitam atau hijau pekat. Batu yang sama telah dijumpai di bahagian lain di dunia ini. Ahli sains menamai batu ini sebagai tektit, tetapi mereka kurang pasti asal usul batu ini. Beberapa orang ahli sains percaya bahawa tektit ialah meteorit kecil. Ada pula yang percaya bahawa ia adalah hasil perlanggaran meteorit. Lihat Tektit. | UMUM | |
EMERI | Emeri ialah batu keras berwarna hitam atau kelabu yang digunakan untuk mengasah dan menggilap. Kebanyakan emeri terdiri daripada terutamanya mineral korundum, magnetit dan spinel. | UMUM | |
NILAM | Nilam, sejenis batu permata yang keras dan jernih. Ia juga adalah sejenis mineral korundum. Nilam yang terkenal ialah nilam biru. Warnanya berpunca dari sejumlah kecil besi dan titanium yang berada di dalam batu. Nilam juga ada dalam pelbagai warna seperti kuning, hijau putih, hitam, ungu dan oren. Nilam bukan biru dinamakan nilam hiasan. Korundum berjenis merah dikenali sebagai delima. | UMUM | |
OPAL | Opal ialah batu permata yang mengandungi warna-warna pelangi. Ia terdiri daripada silikon dan oksigen, iaitu unsur yang ditemui dalam pasir biasa. Warna latar opal mungkin hitam, biru, coklat, kelabu, atau putih. Opal mempamerkan warna yang berkilauan apabila terkena cahaya yang terang. | UMUM | |
TAR | Tar ialah mana-mana kumpulan cecair yang pekat, berminyak, berwarna perang tua atau hitam. Kebanyakan tar adalah keluaran sampingan proses penukaran bahan organik seperti batu arang, petroleum atau kayu menjadi keluaran perindustrian yang berguna. | UMUM | |
TEKTIT | Tektit ialah batu yang berkaca-kaca yang mungkin kelihatan seperti titisan air mata, bola, cakera, rod, dumbel, atau butang. Beberapa tektit kelihatan seperti bongkah. Banyak tektit sebesar kekeras, tetapi sesetengahnya adalah mikrokupik. Tektit berwarna hitam, hijau, atau kuning jingga dan ia biasanya mempunyai permukaan beralur atau berliang. | UMUM | |
TAKONIT | Takonit ialah batu keras yang mengandungi lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya terdiri daripada mineral yang dinamakan chert . Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi yang penting ini berada bertaburan dalam kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida hitam magnetit atau batu magnet dan oksida merah hematit . | UMUM | |
KASITERIT | Kasiterit (formula kimia, SnO2) ialah satu-satunya bijih timah yang penting. Ia kadangkala dikenali sebagai batu timah. Kasiterit biasanya agak berkilat, berwarna perang atau hitam. | UMUM | |