Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sebuah negeri di India. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Benggala


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELUK BENGGALA

Teluk Benggala ialah bahagian utara Lautan

Hindi, yang bersempadan dengan India,

Bangladesh, dan Myanmar. Sungai-sungai yang

mengalir masuk ke teluk ini termasuk Sungai

Gangga, Brahmaputra, dan Irrawaddy. Bandar

pelabuhan yang penting di teluk ini ialah Calcutta,

Madras, dan Rangoon. Pantai baratnya mempunyai

sedikit pelabuhan. Pantai timurnya agak berbeza.

Kepulauan Andaman dan Nicobar serta

Kepulauan Mergui terletak di timur

teluk ini. Rangkaian kepulauan gunung

berapi terletak di luar pantai Burma. Siklon yang diiringi

ombak gadang ada kalanya berlaku di

teluk ini pada penghujung musim

monsun (September/Oktober).

UMUM 
DARJEELING

Darjeeling (pend. 57 603) ialah ibu negeri musim

panas Benggala Barat dan pusat pentadbiran

daerah Darjeeling. Daerah ini terletak di utara

Calcutta, iaitu di sebelah timur India, berhampiran

sempadan Nepal.

UMUM 
PERTEMPURAN BUXAR

Pertempuran Buxar ialah perang muktamad

yang berlaku di antara tentera British dengan

tentera India di Buxar, sebuah bandar di tebing

Sungai Ganges. Mir Qasim, nawab (gabenor) dari

Benggala, mahu menyingkirkan British dari

wilayahnya. Dia membentuk perikatan dengan

Nawab dari Oudh dan Shah Alam II, maharaja

Mughal. Tentera India yang bergabung ini

menyerang Benggala dan bertempur dengan

tentera British yang diketuai oleh Major Hector

Munro, pada bulan Oktober 1764. Pertempuran

yang sengit itu berakhir dengan kemenangan

berpihak kepada British.

UMUM 
PAPRIKA

Paprika ialah perasa merah. Ia disediakan dengan

mengisar lenggai kering lada yang dikenali sebagai

lada benggala.

UMUM 
SUNGAI SALWEEN

Sungai Salween, juga dikenali sebagai Salwin,

ialah sungai yang terpenting di Burma. Sungai ini

berpunca dari timur Tibet dan mengalir melalui

bahagian timur Burma ke Teluk Benggala lalu

masuk ke lautan berdekatan dengan Moulmein.

Panjang sungai ini ialah 2414 kilometer dan ia

menyaliri bahagian timur Burma serta bahagian

barat Thailand. Sebagai jalan air komersial, nilainya

tidaklah besar sebab sebahagian besar sungai ini

mengalir melalui sebuah jurang. Di bahagian hilir

sungai ini amat penting untuk pengairan tanaman.

UMUM 
NARASIMHAVARMAN I

Narasimhavarman I (630?–668?), juga dikenal

sebagai Mamalla, merupakan raja dinasti Pallava di

India selatan. Dia diingati terutamanya kerana

membangunkan bandar Mahabalipuram, yang juga

dikenal sebelumnya dengan nama Mamallapuram

sempena menghormatinya. Bandar ini terletak di

Teluk Benggala, yang kini dalam negeri Tamil Nadu,

India. Ia telah pun berkembang maju sebagai

pelabuhan perdagangan apabila Narasimhavarman

menguasainya, dan dia seterusnya membesarkan dan

menjadikan bandar ini sebagai pangkalan tentera laut

dan pusat agama Hindu. Kuil-kuil dan tugu-tugunya

yang masih ada menarik minat pelancong dan para

sarjana. Wajah Narasimhavarman diukir pada salah

satu ukiran batu, yang tertulis dengan kata-kata

“Penambah Tiga Dunia” (“Augmenter of the Three

World”).

UMUM 
KOLKATA

Kolkata, ibu negeri Benggala Barat dan bandar raya ketiga terbesar di India selepas Mumbai dan Delhi.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PIMENTO

Pimento ialah nama yang popular bagi pokok

malar hijau yang kecil dalam famili mirtel.

Rempah yang dikenali sebagai allspice, lada

Jamaica , atau pimento berasal daripada pokok ini.

Pimento yang berwarna merah, berisi tebal yang

digunakan untuk diisi ke dalam buah zaitun hijau

bukan berasal daripada pokok pimento. Perasa ini

adalah buah daripada tumbuhan yang dikenali

sebagai Lada Benggala.

UMUM 
BANGLADESH

Bangladesh, negara di selatan Asia. Bangladesh disempadani oleh India di barat, utara dan timur; Myanmar di tenggara dan Teluk Benggala di selatan.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SUNGAI IRRAWADDY

Sungai Irrawaddy yang juga dieja Irawadi ialah

sungai utama di Myanmar. Sungai ini mengalir kira-kira

2000 kilometer ke arah selatan melalui

beberapa pemandangan yang amat menarik di

negara tersebut. Sungai Irrawaddy berpunca dari

kawasan tinggi dan berbatu-batan di bahagian utara

Myanmar. Ia mengalir melalui kawasan yang

berpenduduk padat sehingga ke kawasan sawah

padi yang luas. Di sana, Sungai Irrawaddy memasuki

Teluk Benggala melalui banyak muara yang

membentuk suatu delta tanah ladang yang subur.

UMUM 
12

Kembali ke atas