Auschwitz ialah pusat buruh paksa dan penghapusan yang dilakukan oleh Nazi Jerman semasa Perang Dunia II (1939–1945). Lebih kurang satu juta orang mati di Auschwitz dari bulan September 1941 hingga bulan Januari 1945. Nazi menggunakan bilik gas dan cara lain untuk membunuh hampir kesemua mangsa. Manakala buruh paksa yang lain mati kerana kebuluran atau penyakit, dan sebahagian yang lain pula dipaksa berkerja di kilang-kilang berhampiran hingga mereka mati. Kebanyakan mangsa di Auschwitz ialah orang Yahudi. Nazi membunuh mereka sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk membunuh semua orang Yahudi di Eropah. Auschwitz terletak di Poland, berhampiran sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Oswiecim. Pusat ini terdiri daripada tiga buah kem tahanan, dibina antara tahun 1940 hingga tahun 1942. Kini, Auschwitz ialah sebuah muzium dan arkib yang dikekalkan oleh kerajaan Poland. |