Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Biru 2


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AZURIT

Azurit ialah mineral yang mengandungi kuprum.

Formula kimianya ialah Cu 3 (CO 3 ) 3 (OH) 2 . Ia

dinamakan azurit kerana warnanya biru azure. Ia

biasanya dijumpai bercampur dengan mineral

kuprum hijau yang dikenali sebagai malakit .

Walaupun ia mungkin merupakan bijih kuprum

yang tidak penting di peringkat awal kerja

melombong kuprum, azurit digunakan

terutamanya dalam barang kemas. Pigmen biru

azurit pernah digunakan dalam lukisan. Sumber

utama hablur azurit ialah Tsumeb dan Namibia.

tetapi, hablur azurit yang paling sempurna datang

dari Chessy, Perancis.

Lihat juga Mineral (gambar: Azurit).

UMUM 
SKET

Sket ialah nama sekumpulan ikan yang

mempunyai badan leper, sirip pektoral (sisi) yang

sangat besar, dan ekor yang halus bak cemeti.

Tidak ada perbezaan saintifik antara ikan ini

dengan ikan pari kecuali istilah ini merujuk kepada

sesetengah ikan pari yang lebih besar (lihat Pari).

Sket biasa di timur Lautan Atlantik membesar

sehingga 2.5 meter panjangnya. Ia berwarna kelabu

hijau zaitun atau perang dan bahagian bawahnya

berwarna biru-kelabu. Spesies ini hidup di air

dalam. Sket biasa memakan ikan yang berawan

(tanpa tulang), seperti dogfish dan ikan pari, dan

juga krustasia dan moluska. Ikan ini adalah ikan

makanan yang bernilai dan popular.

UMUM 
BUNGA JAGUNG

Bunga jagung ialah tumbuhan yang

mengeluarkan bunga

kecil berbentuk seperti

butang. Biasanya bunga

ini berwarna biru,

tetapi sesetengah jenis

mempunyai bunga

berwarna samar, ungu,

atau putih. Bunga ini

lebarnya 2.5 sentimeter

hingga 4 sentimeter.

UMUM 

Kembali ke atas