Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Biru Nuri


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOTONG KURITA BERJALUR BIRU

Sotong kurita berjalur biru biasanya

terdapat di sepanjang pantai selatan Australia.

Ia boleh dikenali dengan warnanya yang berjalur

biru. Diameternya kira-kira empat sentimeter hingga

enam sentimeter. Ia mempunyai muncung bak paruh

burung nuri dan kadangkala ia menggigit manusia.

Bisa daripada kelenjar liurnya kemudian masuk ke

dalam luka. Beberapa orang telah mati kerana

digigit oleh sotong kurita ini. Gigitannya biasanya

tidak menyakitkan. Tompok kecil darah pada kulit

apabila sotong kurita ini disingkirkan adalah satusatunya

tanda bahawa mangsa telah digigit. Kesan

bisa yang pertama ialah rasa kebas. Mangsa

biasanya berhenti bernafas, memerlukan resusitasi

(pernafasan) mulut-ke-mulut sehingga dua atau tiga

jam. Rawatannya sama seperti rawatan untuk

gigitan ular. Tiada antivenen tertentu bagi gigitan

oleh sotong.

UMUM 
MACAW

Macaw ialah nama bagi lebih kurang 18 spesies

burung nuri yang besar dan berekor panjang yang

hidup di kawasan berhutan di Amerika Selatan,

Amerika Tengah dan Mexico. Macaw ialah

burung nuri yang paling besar, dan panjangnya 30

hingga 100 sentimeter. Burung ini mempunyai

sayap yang panjang runcing, dan paruh yang berat,

kuat. Bulunya yang cantik berwarna biru, merah,

kuning dan hijau meliputi badannya.

UMUM 
BURUNG BAYAN

Burung bayan ialah anggota kecil dalam famili

burung nuri. Burung bayan berwarna terang

dengan bulunya berwarna hijau, merah, biru,

jingga, kuning atau ungu. Ekornya sama ada

pendek dan bersegi empat, atau panjang dan

meruncing.

Burung bayan biasanya merupakan haiwan

kesayangan yang manja dan pandai. Burung ini ialah

akrobat semula jadi dan dapat melakukan berbagai-bagai

kepandaian di tangga dan jungkang-jungkit

mainan.

UMUM 

Kembali ke atas