BOSNIA-HERZEGOVINA | Bosnia-Herzegovina ialah negara di tenggara Eropah. Negara ini kadang-kadang dinamakan Bosnia sahaja. Sarajevo ialah ibu negara dan bandar yang paling besar. | UMUM | |
BOSNIA HERZEGOVINA | Bosnia Herzegovina, pada awalnya lebih dikenali sebagai sebuah kerajaan Republik Sosialis. Perkataan Bosnia berasal daripada Bosnia River dan Herzergovina pula merujuk kepada satu jawatan atau kedudukan tertinggi, iaitu Herceg (ataupun Herzog bermakna Duke) yang mula popular sejak abad ke-15 dalam kalangan pemimpin tempatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SARAJEVO | Sarajevo (pend. 447 687) ialah ibu negara Bosnia- Herzegovina (lihat Bosnia-Herzegovina [peta]). Sarajevo terkenal dengan keluaran tenunan permaidani, pertukangan perak, dan terdapat banyak masjid. Orang Turki yang memerintah bandar ini dari tahun 1400-an hingga tahun 1878 membina banyak masjid. Sarajevo juga terkenal sebagai tempat Archduke Austria Francis Ferdinand dibunuh pada 28 Jun 1914. Peristiwa ini menyebabkan tercetusnya Perang Dunia I (lihat Perang Dunia I [Pengenalan]). | UMUM | |
NEGARA SLAV | Negara Slav ialah negara yang kebanyakan daripada penduduknya berbangsa Slav (negeri Slav). Negara tersebut termasuk Republik Czech, Poland, Slovakia, dan Slovenia di tengah Eropah, Bosnia-Herzegovina (kadangkala dikenali sebagai Bosnia dan Hercegovina), Bulgaria, Croatia, Macedonia, dan Yugoslavia di selatan Eropah, Belarus dan Ukraine di timur Eropah, dan Rusia, yang terletak sebahagiannya di timur Eropah dan sebahagiannya di Asia. | UMUM | |
MONTENEGRO | Montenegro ialah salah sebuah daripada dua republik di Yugoslavia. Yang satu lagi ialah Serbia. Pada tahun 1918, Montenegro menjadi sebahagian daripada kerajaan Serb, Croat, dan Slovena yang kemudian dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946, Yugoslavia disusun semula sebagai sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada enam buah republik. Di antara bulan Jun 1991 dan bulan Mac 1992, empat daripadanya, iaitu Bosnia- Herzegovina (juga dinamakan Bosnia dan Hercegovina), Croatia, Macedonia dan Slovenia mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Pada bulan April 1992, Montenegro bersatu dengan Serbia untuk membentuk sebuah negara Yugoslavia baru yang lebih kecil. | UMUM | |
SERBIA | Serbia ialah salah satu daripada dua republik Yugoslavia, selain Montenegro. Pada tahun 1918, Serbia menjadi sebahagian daripada kerajaan Serb, Croat dan Slovene, yang kemudiannya dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946, Yugoslavia menjadi sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada enam republik dan Serbia ialah republik yang terbesar antara kesemuanya. Pada tahun 1991 dan tahun 1992, empat daripada republik itu, iaitu Slovenia , Croatia, Macedonia, dan republik Bosnia- Herzegovina telah mengisytiharkan kemerdekaan mereka. Pada bulan April 1992, Serbia dan Montenegro membentuk sebuah Yugoslavia yang baharu dan lebih kecil. | UMUM | |