ABJAD PENGAJARAN AWAL | Abjad pengajaran awal (i.t.a.) ialah sistem

penulisan yang direka bentuk bagi memudahkan

orang ramai belajar membaca bahasa Inggeris.

| UMUM | Umum |
MAMBA | Mamba ialah nama tiga spesies ular yang sangat berbisa, yang terdapat di bahagian tengah dan

selatan Afrika. Mamba berkait rapat dengan ular

tedung, tetapi tidak mempunyai hud sebagaimana

ular tedung (lihat Ular tedung). | UMUM | |
RAUSCHENBERG, ROBERT

| Rauschenberg, Robert (1925– ) ialah ahli seni lukis Amerika yang menjadi masyhur kerana percubaannya dengan berbagai-bagai bahan, teknik, media, dan gaya. Usahanya mengkaji dan mewujudkan bentuk ekspresi yang baru memberi inspirasi kepada ramai pelukis. | UMUM | |
NICHOLAS I

| Nicholas I (1796–1855) ialah tsar Rusia dari tahun 1825 hingga kematiannya pada tahun 1855. Baginda terkenal kerana pemerintahannya yang kejam, walaupun berlaku beberapa pembaharuan sosial dan ekonomi pada zaman pemerintahannya. | UMUM | |
MOHD. EUNOS ABDULLAH |

MOHD. EUNOS ABDULLAH (1876-1933), pengarang akhbar dan aktivis masyarakat Singapura. Dua lahir di Singapura . Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Raffles Institution hingga berjaya dalam bidang perdagangan (1893-1894). Selepas tamat persekolahannya, dia bertugas di pejabat Master Attendant di Singapura dan kemudiannya memegang jawatan sebagai Syahbandar di Muar, Johor. | SASTERA | Tokoh |
SIFAR | Sifar, dalam matematik ialah nama bagi digit 0,
kadangkala dikenali sebagai kosong. Ia digunakan
untuk menyatakan ketiadaan sebarang kuantiti. Sifar
diperlukan dalam sistem angka bertempat, iaitu
sistem yang kita dan kebanyakan orang gunakan
pada hari ini. Dalam sistem bertempat, kedudukan,
atau tempat sesuatu angka menentukan nilai angka
itu. Bagi angka 246, digit 2 bernilai dua ratus (ratus),
digit 4 bernilai empat puluh (puluh), dan 6 pula
bernilai enam unit (sa). Angka itu melambangkan
nombor 246. Untuk menulis nombor 206, kita
perlukan suatu simbol untuk menyatakan ketiadaan
puluh. Angka 0 di sini memenuhi fungsi itu. Sifar
apabila ditambah kepada atau ditolak daripada
sesuatu nombor memberi nombor itu semula. Suatu
nombor didarab dengan sifar menghasilkan nilai
sifar. Pembahagian dengan sifar tidak dapat
ditakrifkan. Sifar ialah nombor genap.
| UMUM | Konsep |
MALARIA | Malaria ialah penyakit parasit yang berbahaya
yang biasa berlaku di kawasan tropika dan
subtropika. Penyakit ini disebabkan oleh protozoa
(organisma mikroskopik) yang dikenali sebagai
Plasmodium dan disebarkan oleh gigitan nyamuk
betina Anopheles (nyamuk tiruk). Mangsa malaria
mengalami serangan secara sejuk dan demam. Dua
hingga tiga juta orang mati akibat penyakit ini setiap
tahun.
| UMUM | |
ILMU KALAM | Ilmu kalam ialah ilmu yang menitikberatkan
persoalan akidah Islam dan mempertahankannya,
di samping menolak keraguan yang timbul
mengenainya berpandukan logik akal dan bukti-
bukti, dengan menggunakan istilah-istilah, kaedah
analisa dan falsafah.
| UMUM | Umum |
IKAN TROPIKA. | Ikan tropika. Banyak jenis ikan hidup dalam
habitat air tawar dan air masin di kawasan tropika.
Bagaimanapun, istilah ikan tropika merujuk kepada
jenis ikan kecil berwarna terang yang membiak
sangat cepat dan popular untuk akuarium rumah.
Ikan tropika sering kali lebih kecil sedikit daripada
ikan emas, tetapi saiznya berbeza-beza dari kira-kira
2.5 sentimeter hingga 30 sentimeter. Kira-kira
600 jenis ikan tropika dipelihara dalam akuarium
rumah. Malah pemilik baru akuarium rumah juga
boleh memelihara banyak jenis ikan ini.
| UMUM | Umum |
AKAR BAHAR | Akar bahar ialah karang berwarna-warni
berbentuk pipih bak kipas. Ia mempunyai rangka
yang kuat dan fleksibel yang bercabang untuk
membentuk selirat. Akar bahar sebenarnya terdiri
daripada koloni haiwan karang individu yang
dikenali sebagai polip. Polip ini tumbuh daripada
tisu lembut yang meliputi rangka. Akar bahar biasa
terdapat di terumbu dan perairan cetek di
sepanjang pantai Florida, Amerika Syarikat dan
Hindia Barat. Ia sering berwarna merah, kuning,
jingga, atau ungu terang. | UMUM | Umum |