Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AVOKADO

Avokado ialah sejenis buah pokok malar hijau dari

nama yang sama (avokado). Buahnya mungkin bulat,

bujur, atau berbentuk buah pir. Kulitnya berwarna

hijau atau ungu gelap, bergantung pada jenisnya.

UMUM 
KACANG MAKADAMIA

Kacang makadamia ialah biji besar dan bulat

yang tumbuh pada pokok makadamia, iaitu pokok

malar hijau di kawasan tropika Australia.

UMUM 
TENCH

Tench ialah ikan yang mempunyai badan dan

kepala yang besar, bersirip bulat, dan bersisik kecil.

Ikan ini biasanya berwarna hijau tua atau perang,

dan kadangkala sedikit warna gangsa. Kulitnya

merembes banyak mukus, yang menjadikan ikan ini

berlendir. Tench hidup dalam air tenang di tasik,

sungai, dan paya. Ia memakan haiwan dan

tumbuhan yang mati, larva serangga, krustasea dan

moluska. Tench mengeluarkan telur yang kecil di

atas daun tumbuhan air. Ikan ini berasal dari Eurasia

tetapi telah diperkenalkan ke Amerika Utara,

Australia, dan New Zealand. Ia membesar melebihi

60 sentimeter panjangnya.

Pengelasan saintifik . Tench tergolong dalam famili

kap Cyprinidiae. Ia adalah Tinca tinca .

UMUM 
KRANBERI

Kranberi ialah beri merah, masam, bulat atau

bujur yang tumbuh pada pokok menjalar malar

hijau.

UMUM 
TELIPUK

Telipuk, juga dinamakan lili kolam, ialah nama

yang popular bagi pelbagai tumbuhan air yang

cantik, yang tumbuh dalam iklim sederhana dan

panas. Telipuk mempunyai tangkai daun dan

bunga yang panjang, kuat yang tumbuh dari dasar

berlumpur dalam air yang cetek, jernih. Daunnya

yang hijau, sempit hingga bulat biasanya kelihatan

terapung di atas permukaan air tetapi boleh juga

terbenam dalam air. Telipuk biasanya timbul di atas

permukaan air pada tangkai yang panjang. Telipuk

berbunga putih adalah yang paling biasa didapati.

Bunganya mungkin 30 sentimeter lebarnya.

Sesetengah telipuk mekar pada waktu siang

manakala yang lain pula mekar pada waktu malam.

Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang

dan hutan).

Pengelasan saintifik. Telipuk tergolong dalam famili

telipuk, Nymphaeaceae. Telipuk putih ialah Nymphaea

alba.

UMUM 
SAINT-JOHN'S-WORT

Saint-John’s-wort, juga dikenali sebagai

hypericum dan Rose of Sharon , ialah pokok

renek yang berbunga besar, berwarna kuning.

Kebanyakan Saint-John’s-wort tumbuh di kawasan

sederhana dan panas di Hemisfera Utara. Ia

biasanya adalah pokok renek yang rendah.

Sesetengahnya malar hijau. Bunganya kembang

bergugus pada musim panas. Bunga berwarna

samar dan keunguan jarang ditemui. Pokok renek

ini tumbuh subur di tanah gembur atau tanah

berpasir lembap. Kebanyakannya mempunyai daun

yang rimbun dan teduh. Saint-John’s-wort yang

lebih besar membentuk rimbunan bulat apabila ia

tumbuh satu-satu. Yang lebih kecil dijadikan

tumbuhan tepi batas yang rendah atau tanaman

tutup bumi. Goldflower adalah kacukannya.

Terdapat lebih daripada 300 spesies Saint-John’swort

yang diketahui.

Pengelasan saintifik. Saint-John’s-wort tergolong

dalam famili Saint-John’s-wort, Hypericaceae. Bunga emas

ialah Hupericum X moserianum .

UMUM 

Kembali ke atas