Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bulatan Artik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BULATAN ARTIK

Bulatan Artik ialah garisan bayangan yang

merentasi bahagian utara Kanada, Alaska, Rusia

dan Scandinavia.

UMUM 
PERGUNUNGAN URAL

Pergunungan Ural menganjur kira-kira 2400

kilometer merentasi bahagian barat Rusia.

Pergunungan ini menganjur ke selatan, bermula

daripada Bulatan Artik hingga menghampiri

sempadan Kazakhstan. Ramai ahli geografi

menganggap pergunungan ini sebagai salah satu

sempadan antara Eropah dan Asia. Lihat Rusia (peta

rupa bumi).

UMUM 
ARKHANGELSK

Arkhangelsk (pend. 419 000) ialah salah sebuah

bandar terbesar di dunia yang terletak jauh di

utara. Ia terletak kira-kira 150 kilometer di bawah

Bulatan Artik di Rusia, tempat Sungai Dvina

mengalir ke Laut Putih. Bandar ini menganjur kira-

kira 40 kilometer di sepanjang pantai pulau di delta

sungai itu. Untuk lokasinya, lihat Rusia (peta

politik).

UMUM 
NORWAY

Norway ialah sebuah negara yang panjang dan

sempit, terletak di tebing barat laut benua Eropah.

Satu per tiga daripada kawasan utara Norway

terletak di atas Bulatan Artik dan negara ini

dinamakan Negara Matahari Tengah Malam. Oleh

sebab kawasan ini terletak begitu jauh ke utara, ia

mengalami musim panas yang panjang apabila

matahari bersinar 24 jam sehari. Oslo, ibu negara

Norway dan bandar terbesar, terletak di bahagian

selatan negara ini.

UMUM 
MURMANSK

Murmansk (pend. 412 000), pelabuhan utama

Rusia di Lautan Artik. Ia merupakan bandar

terbesar di utara Bulatan Artik. Arus Telukan yang

panas menyebabkan pelabuhan ini tidak dilitupi ais

sepanjang tahun. Murmansk terletak di kawasan

tanah rata, kawasan tiada berpokok di bahagian

utara Semenanjung Kola. Ia bersempadan dengan

Serokan Kola, cabang Lautan Artik. Untuk lokasi,

lihat Rusia, (peta politik).

UMUM 
SPRUS

Sprus ialah nama biasa bagi genus pokok malar

hijau yang mengeluarkan kon dalam famili pain.

Lebih kurang 50 spesies pokok sprus berasal dari

Hemisfera Utara. Sesetengah sprus tumbuh

melepasi Bulatan Artik. Yang lain tumbuh di selatan

sejauh Pergunungan Pyrenees di Eropah. Di

Amerika Utara, ia tumbuh di selatan sejauh

Carolina Utara dan Arizona.

UMUM 
TASIK GREAT BEAR

Tasik Great Bear ialah tasik yang terbesar di

Kanada dan tasik yang keempat terbesar di

Amerika. Tasik Great Bear meliputi keluasan

31 328 kilometer persegi di Wilayah Barat Laut.

Tasik ini terbentang di kedua-dua kawasan daratan

yang utama di Kanada, iaitu Perisai Kanada dan

Dataran Pedalaman di Utara. Sebahagiannya juga

terletak di dalam Bulatan Artik. Ais melitupi tasik ini

selama kira-kira sembilan bulan dalam setahun.

UMUM 

Kembali ke atas