BUNTING SALJI | Bunting salji ialah burung bak burung pipit di utara Amerika Utara. | UMUM | |
PIPIT PAGAR | Pipit pagar ialah burung yang hidup di Asia dan Eropah. Ia juga dinamakan asentor pagar atau dunnock. Ia adalah burung kecil montel yang mempunyai paruh halus, bulu berwarna perang berjalur hitam. | UMUM | |
PIPIT | Pipit ialah nama bagi banyak burung biasa, kecil, yang terutamanya berwarna perang, putih, dan hitam. Namanya sparrow dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Anglo-Saxon spearwa, yang barangkali adalah istilah umum bagi burung kecil. Pipit terdapat hampir di seluruh dunia. Burung ini mempunyai paruh berbentuk kon dan memakan terutamanya biji. | UMUM | |
BURUNG WAXWING | Burung waxwing ialah sejenis burung yang berbulu halus seperti sutera, berwarna perang kekelabuan, bersaiz lebih besar daripada burung pipit, dan mempunyai satu jambul yang jelas dapat dilihat di atas kepalanya. | UMUM | |
DIKSISEL | Diksisel ialah burung bunting dalam famili burung cakar dan pipit (lihat Bunting). | UMUM | |