AMINUDDIN BAKI | Aminuddin Baki (1926–1965), Ketua Penasihat Pelajaran. Dia terlibat dalam perkembangan pelajaran di Tanah Melayu sejak tahun 1951. Dia pernah dilantik sebagai salah seorang ahli Committee on Malay Education, Federation of Malaya. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh L. J. Barnes dari Oxford University. Dia juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran pada masa itu pada tahun 1956. | UMUM | |
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA | JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (Malaysian Solidarity Consultative Committee), badan perancangan untuk tindakan penubuhan Malaysia. Badan ini ditubuhkan pada 21 Ogos 1961 di Jesselton, Sabah, sebagai satu cawangan kepada Persatuan Parlimen Komenwel (Commonwealth Parliamentary Association). Jawatankuasa ini ditubuhkan berikutan pengumuman Perdana Mentari Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, mengenai ‘satu kerjasama politik dan ekonomi’ antara Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SUKAN PARALIMPIK | Merupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council ) | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
PERLEMBAGAAN RAKYAT | PERLEMBAGAAN RAKYAT (1947), satu cadangan ringkas dasar pentadbiran negara bagi menolak cadangan Perjanjian Persekutuan 1948 yang dibuat oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), raja-raja Melayu dan British. Perlembagaan Rakyat dibuat oleh gabungan Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malayan Council of Joint Action (PUTERA-AMCJA) pada 8 Ogos 1947. Kedua-dua gabungan ini menentang usaha UMNO dan raja-raja Melayu untuk membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan perjanjian baharu. Oleh sebab British menyebelahi UMNO dan raja-raja Melayu, satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa kerja (Working Committee) telah dibentuk dengan 12 orang anggota, iaitu enam orang pegawai British, empat orang wakil raja-raja Melayu dan dua orang wakil UMNO. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |