DATO' PANGLIMA BUKIT GANTANG | ABDUL WAHAB TOH MUDA ABDUL AZIZ (1905-1959), ahli politik, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ONN JAAFAR, DATO' | Onn Jaafar, Dato’ (1895–1962), nasionalis, ahli politik dan pentadbir. Dia lahir di Bukit Gambir, Muar, Johor. Ayahnya, Dato’ Jaafar Muhammad (1868-1919) adalah Menteri Besar Johor yang pertama. | UMUM | |
SYED ABDUL RAHMAN, DATO' KELANA | SYED ABDUL RAHMAN, Dato’ Kelana ( ? – 1889), Undang Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Beliau menggantikan bapa saudaranya, Dato’ Kelana Sendeng, yang meninggal dunia pada tahun 1872. Ketika menjadi Dato’ Kelana, Syed Abdul Rahman menerima cabaran daripada Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal tentang pungutan cukai di Kuala Linggi. Pada 21 April 1874, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan pihak British. Dengan termeterainya perjanjian ini, beliau bersetuju berlindung di bawah kerajaan British. Beliau juga bersetuju meletakkan kawasan dari Sempang hingga Permatang Pasir di bawah pentadbiran dan kawalan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATO' KELANA SENDENG | DATO’ KELANA SENDENG (? -1872), Penghulu (bertaraf Dato’ Undang) Sungai Ujong yang ke-11 dan yang kelima memakai gelaran Dato’ Kelana. Dia adalah daripada perut hulu daripada dua pecahan waris di darat yang berhak memegang jawatan sebagai Dato’ Kelana. Dia dilantik pada tahun 1850 untuk menggantikan Dato’ Kelana Kawal (m. 1849). Dia memerintah luak Sungai Ujong selama 22 tahun (1850-1872). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATO' KELANA SUNGAI UJONG | DATO’ KELANA SUNGAI UJONG, penghulu adat bagi luak Sungai Ujong di Negeri Sembilan. Gelaran penuh Dato’ Kelana ialah Dato’ Kelana Putera. Gelaran asal Penghulu Menteri. Menurut legenda, institusi Dato’ Kelana berasal daripada watak mitos, Bendahara Sekudai yang dikatakan daripada keturunan Sultan Johor dan Puteri Mayang Selida. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
CHEK DA DATO' SERI NARA WANGSA | CHEK DA DATO’ SERI NARA WANGSA (1882-1934), pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Dia lahir pada 18 Jun 1882 di Terengganu. Nama penuhnya ialah Chek Da Umar bin Chek Mohd. Ali bin Abdul Rahim. Ayahnya Chek Mohd Ali bergelar Dato’ Seri Nara Wangsa gelaran kebesaran pembesar dan pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Chek Mohd. Ali, pentadbir yang akhir sekali memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa, kerana selepas peranan Dato’ Mata-Mata diberikan kepada Chek Da Umar, dia tidak lagi memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa. Gelaran baharu yang diberikan kepadanya ialah Dato’ Seri Andika Raja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATO' SERI AGAR DIRAJA | DATO’ SERI AGAR DIRAJA, salah satu gelaran Orang Besar dalam kerajaan Melayu. Gelaran ini pernah disandang oleh Tun Mahmud yang menjadi pemerintah Selangor pada masa Kesultanan Melaka. Dalam huraian tentang Dato’ Seri Agar Diraja ini, rujukan khusus kepada negeri Perak. Dalam Kesultanan Perak, Dato’ Seri Agar Diraja ialah gelaran bagi Orang Besar Delapan. Penyandang gelaran ini lebih dikenal dengan panggilan Dato’ Sagor. Isterinya digelar Tuk Puan, manakala pembantunya dikenal dengan gelaran Paduka Raja. Pada tahun 1860-an, gelaran Dato’ Seri Agar Diraja disandang oleh Ngah Kamdin. Dia diberi kuasa oleh Sultan Perak menguruskan pentadbiran di kawasan tebing Sungai Perak, iaitu di antara Kampung Gajah dengan Pulau Tiga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
DATO' MUDA LINGGI | DATO’ MUDA LINGGI, jawatan yang diwujudkan oleh orang dari Pulau Riau yang merantau ke Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Jawatan ini juga dikenal sebagai Dato’ Sitiawan atau Orang Kaya Luak Linggi. Ketua pemerintah Sungai Ujong, Dato’ Kelana Leha (1780-1800) mengarahkan mereka membuka perkampungan di tepi Sungai Linggi bersebelahan Sungai Ujong pada tahun 1783, dan mereka diketuai oleh Dato’ Awaluddin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
DATO' SIAMANG GAGAP | DATO’ SIAMANG GAGAP (? - ?), pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889). Nama sebenarnya ialah Abdul Kahar bin Mukmin. Dia mendapat gelaran Dato’ Siamang Gagap daripada Yamtuan Antah, mengambil sempena kepercayaan orang tua-tua bahawa negeri yang terdapat siamang yang ‘gagap’ tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh. Gelaran tersebut diberikan kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya. Dia juga terkenal dengan panggilan Dato’ Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British. Dato’ Siamang Gagap menjadi tempat rujukan Yamtuan Antah dalam urusan pemerintahan dan dia juga sangat dihormati rakyat jelata. Dia tidak pernah tunduk kepada tekanan British yang campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATO' BANDAR SUNGAI UJONG | DATO’ BANDAR SUNGAI UJONG, gelaran pembesar yang diwujudkan oleh Sultan Abdul Jalil III, Sultan Johor, semasa Sungai Ujong berada di bawah takluk Johor, bermula pada tahun 1715. Dato’ Bandar mempunyai kuasa memungut hasil, cukai perniagaan dan perkapalan sepanjang Sungai Linggi. Kekayaan Dato’ Bandar meletakkannya setaraf dengan kedudukan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Manakala Syahbandar, pembesar ketiga di Sungai Ujong pula telah ada pada zaman Kesultanan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |