Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Dunia Ketiga


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DUNIA KETIGA

Dunia Ketiga ialah nama yang kadangkala

diberikan kepada negara yang sedang membangun

dari segi ekonomi, terutamanya negara di benua

Asia, Afrika, dan Amerika Latin.

UMUM 
KALIMANTAN

Kalimantan ialah pulau ketiga terbesar di dunia,

yang terletak di bahagian Borneo Indonesia.

UMUM 
AMERIKA UTARA

Amerika Utara, benua ketiga terbesar di dunia

selepas benua Asia dan Afrika. Ia menganjur dari

Lautan Artik di utara ke Amerika Selatan di selatan.

Amerika Utara mempunyai bilangan penduduk

yang keempat teramai di dunia selepas Asia,

Afrika, dan Eropah.

UMUM 
SUNGAI YANGTZE

Sungai Yangtze, juga disebut Yangtze Kiang

ialah sungai yang ketiga terpanjang di dunia dan

yang terpanjang serta terpenting di China. Bagi

kebanyakan penduduk China, Sungai Yangtze

dikenali sebagai Chang Jiang, atau sungai panjang.

Sungai ini berpunca dari Pergunungan Tanggula di

Wilayah Qinghai, kira-kira 4880 meter di atas aras

laut. Sungai itu mengalir ke timur, tenggara, dan

kemudian ke selatan ke provinsi Yunan. Dari sini ia

mengalir ke timur laut menyeberangi provinsi

Sichuan (Szechwan), kemudian mengalir mengikut

haluan yang tidak tetap ke timur melalui bahagian

tengah China dan memasuki Laut China Timur,

6300 kilometer dari puncanya. Sungai Yangtze dan

cabang sungainya mengairi kawasan seluas kira-kira

1 829 000 kilometer persegi.

UMUM 
NAURU

Nauru ialah negara pulau kecil di tengah Lautan

Pasifik. Keluasannya hanya 21 kilometer persegi.

Nauru ialah negara yang ketiga terkecil di dunia

selepas Vatican City dan Monaco. Nauru kaya

dengan fosfat – bahan kimia berharga yang

digunakan untuk membuat baja tiruan. Eksport

fosfat merupakan sebahagian besar pendapatan

Nauru .

UMUM 
AMERIKA SYARIKAT

Amerika Syarikat ialah negara yang ketiga

terbesar di dunia dari segi jumlah penduduk dan

yang keempat terbesar dari segi luas kawasan.

Hanya China dan India mempunyai jumlah

penduduk yang lebih ramai daripada Amerika

Syarikat. Hanya Rusia, Kanada dan China mempunyai

kawasan yang lebih luas daripada Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat meliputi keseluruhan bahagian

tengah Amerika Utara. Negara ini bermula dari

Lautan Atlantik di timur hingga ke Lautan Pasifik di

barat. Amerika Syarikat termasuklah Alaska yang

terletak di barat laut Amerika Utara, dan Hawaii yang

terletak jauh di Lautan Pasifik. Dalam bahasa

Inggeris, Amerika Syarikat sering dikenali sebagai

U.S ., U.S.A ., atau America .

UMUM 
SIKKIM

Sikkim ialah negeri yang terletak di timur laut

India. Ia terbentang di bahagian timur Himalaya.

Di sinilah terletaknya gunung yang tertinggi di

India dan yang ketiga tertinggi di dunia, iaitu

Gunung Kanchenjunga. Sikkim ialah negeri kedua

terkecil di India.

UMUM 
AL-HIDAYAH

AL-HIDAYAH, malah umum ketiga tertua diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Kota Bharu, Kelantan.

SASTERAKonsep
MAGSAYSAY, RAMÓN

Magsaysay, Ramón (1907–1957) ialah presiden

Filipina yang ketiga (1953–1957). Magsaysay lahir di

Iba, Zambales, provinsi di pantai barat Pulau Luzon.

Bapanya ialah guru tukang kayu. Magsaysay

mendapat pendidikan di maktab swasta di Manila.

Dia bekerja dengan syarikat bas sehingga tahun

1941, apabila Filipina terlibat dalam Perang Dunia

II.

UMUM 
BORNEO

Borneo ialah pulau yang ketiga terbesar di

dunia. Hanya Greenland dan New Guinea lebih

besar daripadanya. Borneo terletak kira-kira 640

kilometer timur Singapura. Kira-kira satu

perempat bahagian daripada Borneo terdiri

daripada Brunei dan sebahagian Malaysia. Kira-kira

tiga per empat bahagiannya adalah sebahagian

daripada Republik Indonesia (lihat Indonesia

[peta]).

UMUM 
12

Kembali ke atas