Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Estonia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TALLINN

Tallinn (pend. 458 000) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Estonia. Ia terletak di bahagian

pantai utara Estonia, sepanjang Teluk Finland.

Untuk lokasi, lihat Estonia (peta).

UMUM 
ESTONIA

Estonia ialah sebuah negara Eropah yang

mendapat kemerdekaannya semula pada tahun

1991, iaitu selepas hampir 50 tahun menjadi negeri

Kesatuan Soviet secara paksa.

UMUM 
NEGARA-NEGARA BALTIK

Negara-negara Baltik terdiri daripada negara

Estonia , Latvia dan Lithuania. Ketiga-tiga negara ini

merdeka dari tahun 1918 hingga tahun 1940,

apabila negara-negara ini dirampas oleh Kesatuan

Soviet dan dijadikan republik Soviet. Pada tahun

1991, setiap negara itu berpecah dari Kesatuan

Soviet dan mencapai kemerdekaan semula.

UMUM 
TASIK PEIPUS

Tasik Peipus ialah kawasan air di sempadan di

antara Estonia dengan Rusia. Untuk lokasi, lihat

Rusia (peta rupa bumi). Panjangnya ialah 150

kilometer dan meliputi kawasan seluas 3626

kilometer persegi. Semasa Perang Dunia II,

kawasan tasik ini menjadi tempat pertempuran

sengit antara tentera Jerman dengan tentera

Kesatuan Soviet semasa pengepungan Leningrad

(kini St. Petersburg).

UMUM 
SYAL MINYAK

Syal minyak ialah batu endapan yang lembut

dan berbutir halus. Daripada syal minyak

diperoleh minyak dan gas asli. Syal minyak terdiri

daripada lapisan kelodak berwarna coklat muda

dan lapisan kerogen yang lebih gelap, iaitu bahan

organik berlilin yang berasal daripada tinggalan

alga biru-hijau dan jirim hidup yang lain.

Mendapan batu syal yang banyak terdapat di

selatan Brazil, timur laut China, Estonia, Sweden,

dan Amerika Syarikat.

UMUM 

Kembali ke atas