Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata HSC

Juga ditemukan dalam:


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROSMERA

ROSMERA (1927-   ), penyair dan penulis Singapura. Dia lahir pada 23 Mac 1927 di Singapura. Nama sebenarnya ialah Munir bin Ali. Dia juga menggunakan nama pena A. Murni, Juwita Murni, Kamal Ariffin dan Roskartadina. Dia menerima pendidikan awal di Sekola Melayu Singapura. Setelah tamat sekolah Melayu, dia menjadi guru pelatih dari tahun 1939 hingga tahun 1946. Sewaktu pendudukan Jepun, dia memasuki sekolah Kokugo Gakko dan Shihan Gakko. Selepas lulus Sijil Tinggi Persekolahan (HSC), Rosmera memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Melayu di Stamford College, Gaya Pos di Singapura. Rosmera pernah menjadi pensyarah dalam bidang Kesusasteraan Moden di Ann College, Singapura. Selepas itu dia ke Indonesia dan belajar di Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda.

SASTERATokoh
MUHAMMAD KAMAL HASSAN

MUHAMMAD KAMAL HASSAN (1942-     ), ahli akademik. Dia lahir pada 26 Oktober 1942 di Pasir Mas, Kelantan. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Pasir Mas (1948-1949). Kemudian dia meneruskan pelajarannya di Sultan Ismail School, Kota Bharu (1950-1955), dan Sultan Ismail College (11955-1960) hingga lulus Senior Cambridge. Kemudian dia belajar di Victoria Institutin, Kuala Lumpur (1961-1962) hingga lulus Higher School Certificate (HSC). Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Malaya pada tahun 1966, ijazah Sarjana (1960), M.Phil (1973), dan Doktor Falsafah (1975) dari Colombia University, Amerika Syarikat.

BUDAYATokoh
RAHMAH OSMAN, DATO' PADUKA

RAHMAH OSMAN, Dato’ Paduka (1939 -        ), ahli politik, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia (1984-1987) dan Ketua Pergerakan Wanita Parti Semangat 46 (1988-1992). Dia lahir pada 12 Jun 1939 di Kuala Lumpur. Rahmah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Istana, Kelang dan Kuala Lumpur. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah Perempuan Bukit Bintang hingga Tingkatan Lima. Dia memperoleh Higher School Certificate (HSC) di sebuah sekolah perdagangan di Kuala Lumpur. Setelah bekerja, Rahmah kemudiannya menyambung pelajarannya dan memperoleh Diploma Kewartawanan dari London School of Journalism pada tahun 1971.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SHAHRUM YUB

SHAHRUM YUB, Dato’ (1934-     ), budayawan, penulis, Ketua Pengarah Muzium Negara (1972-1991).  Dia lahir pada 21 April 1934 di Tanjung Malim, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pulau Tiga, Tepus, Tanjung Belanja dan di Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1949.  Dia menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris Methodist Tanjung Malim dan Sekolah Anderson, Ipoh, hingga lulus Overseas School Certificate pada tahun 1953, dan Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1956. Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi) dari University of Leeds, England (1960).  Pada tahun 1961, dia mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Muzium di samping berkhidmat secara sementara dengan British Museum selama setahun.  Sekembalinya ke tanah air, dia berkhidmat dengan Jabatan Muzium sebagai Kurator Etnologi pada 9 Januari 1962.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas