SUMBER ASLI | Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang membolehkannya menyokong kehidupan dan memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok, burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara, cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan (3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan siap. | UMUM | |
SISTEM PENANAMAN | Sistem penanaman ialah kaedah menanam tanaman dan mengeluarkan hasil yang tinggi tanpa merosakkan tanah. Ia melibatkan gabungan teknik pengeluaran yang berbeza untuk menyediakan penggunaan tanah yang paling baik. Dalam menentukan tanaman dan kaedah pengeluaran yang paling sesuai dengan tanah, peladang mesti memastikan komposisi tanah, cerun, saliran dan masalah hakisan tanah; dan sejarah penanamannya yang lalu. Teknik pengeluaran seperti kaedah penanaman yang berbeza, penggiliran tanaman, dan penggunaan baja dengan betul dan racun perosak digunakan dalam kombinasi yang berbeza untuk membantu peladang. | UMUM | |
TANAH BRIS | Terhasil daripada enapan pasir laut hasil hakisan tebing dan hanyutan sedimen di belakang berm pantai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
EJAAN RUMI WILKINSON | EJAAN RUMI WILKINSON, sistem ejaan Rumi yang pertama bagi bahasa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem ejaan ini hasil daripada usaha yang dilakukan oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) yang membentuk sebuah Jawatankuasa Ejaan Rumi, diketuai oleh R.J. Wilkinson, pada tahun 1904. Sistem ejaan tersebut kemudiannya diberi nama Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Sistem tersebut digunakan dalam A Malay English Dictionary (Romanised) yang disusun oleh R.J. Wilkinson, kemudian menjadi dasar kepada Sistem Ejaan Rumi Za’ba atau Sistem Ejaan Sekolah.
| BAHASA | Bahasa |
PERKEBUNAN PASARAN | Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur- sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya, untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza. Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan penggunaan penyejukan bagi mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah mengurangkan pergantungan penduduk bandar pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran moden merupakan perniagaan besar, yang membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad atau tomato. | UMUM | |
BAHAGI TIGA | Bahagi tiga, perjanjian membahagi hasil pertanian, sama ada padi atau getah, antara pemilik tanah dengan seorang pengerja tanah. | BUDAYA | Konsep |
SÃO TOMÉ | São Tomé (pend. 34 997) ialah ibu negara dan bandar terbesar di São Tomé dan Principe, sebuah negara pulau di barat tanah luar Afrika. Bandar ini terletak di timur laut pinggir pantai Pulau São Tomé. Untuk lokasi, lihat S ã o Tomé dan Príncipe (peta). Bandar São Tomé menjadi pusat perdagangan dan perkapalan untuk hasil ladang São Tomé dan Principe. Satu-satunya lapangan terbang di São Tomé iaitu terletak berhampiran dengan ibu negara. Orang Portugis menemui Pulau São Tomé pada tahun 1470 dan mengasaskan bandar itu kira-kira pada tahun 1500. | UMUM | |
TAMBO MINANGKABAU | TAMBO MINANGKABAU, hasil sastera berbentuk historiografi mengisahkan sejarah tentang tanah Minangkabau. Pada asalnya, tambo Minangkabau disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Bagaimanapun, pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, timbul usaha di kalangan orang Minangkabau sendiri menulis kisah dalam tambo. Kebanyakan hasil penulisan tersebut telah dikumpulkan oleh Belanda dan kini tersimpan di Leiden. | SASTERA | Konsep |
PAJAK | PAJAK, system sewa yang berkait dengan kegiatan pertanian. Pajak melibatkan persetujuan antara pemilik tanah dengan pemajak. Pemajak ialah orang yang membayar wang kepada pemilik tanah. Persetujuan ini adalah mengikut tempoh musim pertanian itu. Pemajak hendaklah melunaskan bayaran pajak dengan membayar dahulu secara tunai kepada tuan tanah. Jangka masa yang diliputi dalam pajakan ini boleh melebihi setahun. Biasanya tempoh pajakan adalah antara tiga hingga lima tahun, dan kadar pajakan adalah lebih rendah daripada harga pasaran hasil pajakan itu. | BUDAYA | Sistem |
BAJA | Baja ialah bahan yang digunakan untuk menyuburkan tanaman atau tanah. Baja mengandungi unsur atau pelbagai unsur perlu yang dibekalkan kepada tanaman sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Penggunaan baja bertujuan untuk memperbaik pemakanan tumbuhan di samping dapat meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah atau media pertumbuhan. Pembajaan akan meningkatkan pertumbuhan pokok yang seterusnya akan mengeluarkan hasil yang tinggi dan berkualiti. | PERTANIAN | Konsep |