MANUSKRIP MELAYU | MANUSKRIP MELAYU, hasil sastera Melayu tradisional bertulis tangan dalam tulisan Jawi. Perkataan manuskrip berasal daripada perkataan Latin manus bermaksud tangan dan scriptus bermakna tulisan. Penghasilan manuskrip merujuk pada hasil yang bertulis tangan sebelum sesuatu masyarakat mempunyai alat percetakan. Bagi masyarakat Melayu, penghasilan manuskrip bermula dengan pesatnya selepas kedatangan Islam, iaitu selepas masyarakat Melayu menerima tulisan Jawi sebagai tulisannya. Dengan demikian, zaman perkembangan manuskrip Melayu ialah selepas kedatangan Islam hingga ke akhir abad ke-19. | SASTERA | Alat/Alatan |
TIFOID MARY | Tifoid Mary ialah nama yang kadangkala digunakan untuk merujuk kepada Mary Mallon (1868?–1938), pembawa pertama demam tifoid yang dikenal pasti di Amerika Syarikat. Dia pulih dari penyakit tersebut, tetapi sebagai seorang pembawa, dia menyebarkan kuman demam tifoid kepada orang ramai. Dia telah menjangkiti lebih kurang 53 orang dengan demam tifoid antara tahun 1900 hingga tahun 1915. Tiga orang daripadanya mati akibat penyakit itu. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan awal Mary Mallon. Dia lahir di Ireland dan berpindah ke New York, Amerika Syarikat, untuk bekerja sebagai tukang masak. George Soper, seorang jurutera sanitasi, telah mengaitkannya dengan lebih kurang enam kes demam tifoid yang berlaku di negeri tersebut. Mallon enggan berhenti daripada pekerjaannya sebagai tukang masak, oleh itu dia ditahan di sebuah hospital. Dia tinggal di hospital tersebut selama lebih 20 tahun hingga ke akhir hayatnya. | UMUM | |
PERPINDAHAN KE BARAT | Perpindahan ke barat membawa peneroka Amerika merentas benua dari Lautan Atlantik hingga ke Lautan Pasifik. Perpindahan ke barat ini bermula pada awal tahun 1600-an dengan petempatan orang Eropah di sepanjang pinggir pantai Atlantik, Amerika Utara. Ia berterusan hingga akhir tahun 1800-an. Pada waktu itu, perbatasan di barat Amerika Syarikat telah ditakluk. | UMUM | |
ATTILA | Attila ( ? –453 M.) ialah raja yang menyatukan orang Hun, iaitu orang Mongoloid yang mula menyerang empayar Rom pada akhir tahun 300- an M. Attila mewarisi kerajaan Hun yang berpusat secara kasar di Hungary kini. Baginda menakluk wilayah di sekitarnya, sehingga orang Hun berjaya menguasai kawasan yang menganjur dari Sungai Danube hingga ke Laut Baltik, dan dari Sungai Rhine hingga ke Laut Kaspia. | UMUM | |
ORANG VIKING | Orang Viking merupakan kaum pelaut yang bangkit untuk menguasai utara Eropah pada zaman pertengahan. Sejarah cenderung menggambarkan mereka sebagai pahlawan dan lanun bengis yang mengganas di Eropah sejak akhir tahun 700-an hingga kira-kira tahun 1100. Walau bagaimanapun, pada ketika itu kelasi Viking yang berani juga menjelajah Lautan Atlantik Utara malah hingga ke Amerika. Tindakan rompakan di laut dan penjelajahan mereka ini telah menyebabkan zaman ini dinamakan Zaman Viking dalam sejarah Eropah. Sungguhpun demikian, orang Viking juga merupakan pelukis, pencerita dan juga penyair yang mempunyai bakat semula jadi. | UMUM | |
EJAAN DAN TULISAN RUMI | EJAAN DAN TULSIAN RUMI, sistem ejaan dan tulisan bahasa Melayu yang berasal daripada huruf Latin (Roman) dan mempunyai sejarah lebih daripada 450 tahun. Huruf Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1521. Bermula pada abad ke-16 itu, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf Roman oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Penggunaan huruf Roman untuk menulis kata-kata Melayu ini dapat dilihat dalam catatan dan tulisan yang dihasilkan dalam tempoh hingga akhir abad ke-17.
| BAHASA | Bahasa |
IMPRESSIONISME | Impresionisme. Satu fahaman tentang seni yang amat berpengaruh di Barat pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20. | SASTERA | Kegiatan |
LOGAN, J.R. | LOGAN, J.R. (1819-1869), penulis berbangsa Scot tetapi menetap dan Tanah Melayu. Dia lahir di Britain. Nama penuhnya ialah James Richardson Logan. Dia menerima pendidikan dalam bidang undang-undang dan bertugas sebagai peguam. Logan datang ke Tanah Melayu dan menetap di Pulau Pinang pada tahun 1839. Dia bergerak cergas dalam hal-ehwal kebajikan masyarakat di Pulau Pinang hingga akhir hayatnya. | BAHASA | Tokoh |
SENI CAROLINGIAN | Seni Carolingian ialah gaya seni yang dicipta pada akhir 700-an M. dan 800-an M. di Perancis dan barat Jerman. Seni Carolingian mengambil sempena nama Charlemagne, yang menjadi raja orang Frank dari tahun 768 M. hingga tahun 814 M. Arkitek Carolingian memberi sumbangan yang besar dari segi reka bentuk gereja dan perancangan biara. Jurutulis Carolingian mencipta jenis tulisan yang baru. Pada abad yang lalu, pelukis telah memberi tumpuan kepada pola geometri abstrak dan haiwan hebat. Pelukis, pengarca, dan artisan Carolingian memperkenalkan figura manusia pada latar belakang semula jadi ke dalam seni tampak. | UMUM | |
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU | SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, sejarah perkembangan bahasa Melayu dari zaman dahulu hingga kini. Bahasa Melayu dari segi sejarah telah wujud pada abad ke-2 M. di Vietnam. Prasasti berbahasa Melayu (yang tertua setakat ini) ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Touraine, Vietnam yang bertarikh pada abad ke-4 M. Prasasti Muara Kaman, Kutai , Kalimantan Timur pula bertarikh pada 400 M. tetapi masih menggunakan bahasa dan tulisan Sanskrit. Hanya nama raja di tempat itu yang menggunakan nama Melayu. Kemudian terdapat juga sebuah prasasti yang bertarikh pada awal abad le-7 M. Yang ditemui di Sajamerta, Jawa Tengah. Selepas itu terdapat prasasti yang ditemui di daerah induk bahasa Melayu iaitu di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur dan Karang Brahi. Kesemua prasasti ini bertarikh pada akhir abad ke-7 M., dan tempat-tempat tersebut terletak di Palembang, Jambi dan Pulau Bangka. | BAHASA | Konsep |