HUKUM SYARAK | HUKUM SYARAK, hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk panduan hidup orang Islam bersumberkan al-Qur’an, sunnah, ijmak ulama dan qiyas. | BUDAYA | Konsep |
HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN ISLAM | Hukum-hukum perkahwinan Islam, peraturan atau ketentuan menurut hukum syarak sama ada wajib, harus, sunat, makruh atau haram. | AGAMA | Konsep |
MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH | MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH, badan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal agama Islam di Sabah. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ditubuhkan pada 16 Februari 1971 dengan kelulusan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak No. 15/1971 oleh Dewan Undangan Negeri. Enakmen tersebut kemudiannya diubahsuai, dikemas kini dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada tahun 1977. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BATAL | Batal, sesuatu yang tidak sah dan menyalahi hukum syarak. Dengan erti kata lain, amalan tersebut tidak diterima atau sia-sia dan tidak diberikan pahala. | AGAMA | Konsep |
NUSYUZ | Nusyuz, derhaka atau ingkar. Dalam konteks kekeluargaan Islam, istilah ini merujuk kepada isteri atau suami yang menderhaka atau ingkar terhadap pasangan masing-masing tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak. . | AGAMA | Konsep |
UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA | UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA, peraturan-peraturan yang diaplikasikan kepada penganut agama Islam di negara ini. Peraturan ini berkaitan dengan soal keluarga, ibadah, akhlak, kesalahan terhadap agama dan tatacara kehakiman yang diambil daripada Hukum Syarak dan diubah suai menurut adat Melayu dan keperluan tempatan. | BUDAYA | Konsep |
UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN | UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN, peralatan yang dipakai dan dikuatkuasakan bagi orang Islam di Malaysia. Undang-undang perkahwinan dan perceraian yang melibatkan orang Melayu pada peringkat awal hanya diketahui melalui adat istiadat serta kelaziman yang diterima pakai pada masa dan ketika itu. Undang-undang yang terpakai atau yang digunakan secara asasnya ialah undang-undang Islam, memandangkan orang Melayu beragama Islam. Ini merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan syarat-syarat sah perkahwinan seperti agama, umur, wali dan sebagainya. Di samping itu juga ia disulam dengan undang-undang adat seperti adat temenggung dan adat perpatih yang menjadi amalan sesetengah masyarakat pada suatu ketika dahulu, yang juga dikatakan bersumberkan hukum syarak. Selain itu terdapat juga unsur-unsur lain yang diserapkan dalam upacara perkahwinan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
AHMAD MUHAMMAD SAID | AHMAD MUHAMMAD SAID (1914-1964), Mufti Negeri Sembilan. Dia lahir di Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Ahmad bin Syekh Muhammad Said al-Dandarawi. Ahmad seorang tokoh agama yang tegas dan berani dalam melaksanakan hukum syarak dan kuat berpegang pada ilmu tasawuf. Dia juga pemimpin tarekat Ahmadiyah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |