AUSTRIA-HUNGARY | Austria-Hungary, juga dinamai Monarki Austria- Hungary dan dwimonarki ialah sebuah negara di Eropah tengah dari tahun 1867 hingga tahun 1918. Austria-Hungary telah dibentuk daripada Empayar Austria, termasuk Kerajaan Hungary. | UMUM | |
MISKOLC | Miskolc (pend. 211 660) ialah bandar di Hungary. Miskolc merupakan pusat perdagangan yang sibuk terletak di Sungai Sajó di timur laut kawasan industri Hungary. Untuk lokasi, lihat Hungary (peta politik). | UMUM | |
HUNGARY | Hungary ialah sebuah republik di Eropah Tengah. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PERJANJIAN TRIANON | Perjanjian Trianon ditandatangani oleh Hungary dan Berikat Barat selepas Perang Dunia I (1914–1918). Perjanjian itu ditandatangani di galeri Grand Trianon, iaitu istana di Versailles, Perancis pada 4 Jun 1920. Perjanjian ini menghukum keras Hungary kerana penglibatannya dalam peperangan. Amerika Syarikat, yang turut menandatangani perjanjian ini, tidak pernah meratifikasikannya tetapi membuat perdamaian yang berasingan dengan Hungary pada tahun 1921. | UMUM | |
ARPAD | Arpad lihat Hungary (Sejarah). | UMUM | |
DWIMONARKI | Dwimonarki lihat Austria-Hungary. | UMUM | |
PULITZER, JOSEPH | Pulitzer, Joseph (1847–1911) ialah pendatang Hungary yang menjadi salah seorang penerbit akhbar Amerika yang terkenal dalam sejarah. Dia mengasaskan Hadiah Pulitzer, untuk pencapaian dalam bidang kewartawanan, kesusasteraan, muzik, dan kesenian. | UMUM | |
AUER, LEOPOLD | Auer, Leopold (1845–1930), pemain violin Hungary, menjadi salah seorang guru violin yang paling terkenal pada zamannya. Auer memulakan kaedah baru bermain violin dan teknik tunduk. Pada tahun 1868, dia menjadi profesor di Kolej Muzik St. Petersburg, Rusia. Beliau memegang jawatan ini hingga tahun 1917. Antara pelajar-pelajarnya yang terkenal ialah Mischa Elman, Jascha Heifetz dan Nathan Milstein. Auer menulis tentang kaedah dia mengajar dalam Violin Playing as I Teach It (1921) dan Violin Masterworks and Their Interpretation (1925). Dia juga menulis sebuah autobiografi, My Long Life in Music (1923). Auer lahir di Veszprém. | UMUM | |
ORCZY, BARONESS | Orczy, Baroness (1865–1947) ialah penulis kelahiran Hungary yang dikenali terutamanya kerana novelnya yang penuh dengan kisah pengembaraan dan cerita detektif. Dia juga menulis beberapa buah drama. | UMUM | |
MOLNÁR, FERENC | Molnár, Ferenc (1878–1952) ialah penulis drama Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis drama komedi romantik dengan dialog yang lucu. Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri. The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909) sebuah drama yang lebih serius mengenai taman hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel (1945). Antara drama komedi Molnár yang lain, termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan The Play’s the Thing (1926). | UMUM | |