| PEMPROSESAN HILIRAN | Proses yang melibatkan semua proses pasca penghasilan seperti penuaian, pemencilan, penulenan, pengawetan, dan pembungkusan produk. Terdapat juga industri produk biologi yang tidak melibatkan penghasilan produk, contohnya pemprosesan dan pengawetan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, dan daging. Oleh itu, produk tersebut hanya perlu melalui proses hiliran seperti pengetinan atau pemprosesan kepada produk tambah nilai yang lain. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
| TEKANAN REKA BENTUK PENGAGIHAN GAS | Nilai tekanan teori yang diperoleh dengan menggunakan formula reka bentuk tertentu. Penentuan nilai ini dibuat dengan mengambil kira aspek keperluan penggunaan gas di sektor hiliran dan keupayaan sistem pembekalan untuk menampung keperluan pelanggan. Tekanan reka bentuk diperkenalkan bagi menjamin kemantapan bekalan gas kepada pengguna, khususnya industri yang memerlukan bekalan gas secara berterusan. Tekanan reka bentuk juga bertujuan menjamin keselamatan ruang laluan gas agar tidak melebihi had tekanan selamat yang ditetapkan untuk paip laluannya. | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |