Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELFORD, THOMAS

Telford, Thomas (1757–1834) ialah jurutera

awam Scotland yang terkenal kerana

mempertingkatkan kaedah pembinaan jalan raya.

Telford menggunakan batu rata yang besar bagi

pembinaan tapak jalan raya dan kaedah ini

dinamakan mengambil sempena namanya.

Telford membina jambatan, terusan, pelabuhan,

dan tali air. Dia membina jambatan tergantung

Selat Menai yang menyambungkan Pulau

Anglesey dengan tanah besar Kaunti Gwynedd di

Wales, dan Terusan Ellesmere yang

menyambungkan Sungai Mersey, Sungai Severn

dan Sungai Dee di England. Dia juga membina

Terusan Caledonian di Scotland. Dia lahir di

Eskdale, Scotland.

UMUM 
POLIS

Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan

undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas

mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi

nyawa serta harta benda orang awam dalam

sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki

dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam

pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan

tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu

menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai.

Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya

berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali

dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan,

mencari orang yang dilaporkan hilang atau

membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa

banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka

menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan

penjagaan kepada mangsa-mangsa.

UMUM 
RESTORAN

Restoran ialah tempat perniagaan yang

menyajikan makanan dan minuman kepada orang

awam. Pada mulanya, restoran menjalankan

perniagaan di tepi jalan, tempat pengembara

berehat dan memulihkan tenaga. Perkataan

restouran berasal daripada perkataan Latin

restaurare , yang bermakna to restore (memulihkan

semula). Hari ini, restoran terdapat di merata-rata

tempat – di jalan yang sunyi dan jalan yang sibuk;

hotel; lapangan terbang, stesen bas, dan stesen

kereta api; taman hiburan; dalam bangunan

pejabat; dan juga pusat membeli-belah.

UMUM 
KEMAHIRAN BINAAN

Kemahiran binaan ialah mana-mana satu

daripada cabang industri yang berkaitan dengan

pembinaan bangunan awam, rumah, jambatan,

terusan, pelabuhan, landasan kereta api, takungan,

jalan dan lebuh raya, betung, dan terowong.

Kesemua kemahiran binaan ini dikenali sebagai

industri pembinaan.

UMUM 

Kembali ke atas