Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,

Puisi
 

Buat ketupat sebakul baru,
     Pergi jala di kampung Siam;
Abang dapat sahabatlah baru,
     Sahabat lama tinggallah buang.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAMPUNG BARU

KAMPUNG BARU, petempatan orang Melayu yang tertua di Kuala Lumpur. Nama Kampung Baru mengambil sempena daripada pengisytiharan sebuah kawasan yang mula diwartakan oleh kerajaan British pada akhir abad ke-19. Pembentukan Kampung Baru secara rasmi diisytiharkan pada tahun 1899. Sebenarnya, Kampung Baru diasaskan lebih awal oleh para peneroka. Golongan peneroka awal ini sebahagian besarnya merupakan para perantau dari Jawa, Bawean, Minangkabau, Mandailing dan Kerinci. Selain itu, ramai juga mereka yang berasal dari Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ABDUL RAZAK HAMIDABDUL RAZAK HAMID (1925-    ), pendidik bahasa Melayu. Dia lahir di Kampung Baru, Pulau Pinang dan belajar di Sekolah Melayu Chowrasta, Pulau Pinang hingga Darjah Lima. BAHASAKonsep
MOHD. NOOR MOHAMED, DATUKMOHD.  NOOR MOHAMED, Datuk (1901-1990), guru dan pemimpin masyarakat. Dia lahir pada 20 Disember 1901 di Kampung Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1918, Mohd. Nor bertugas sebagai guru pelatih di Penang Free School pada tahun 1919. Seterusnya dia bertugas di sekolah sama dari tahun 1923 hingga tahun 1949. Dia kemudian dilantik sebagai nazir sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hingga tahun 1952. Dia kembali bertugas di Penang Free School sebagai guru kanan mata pelajaran Bahasa Melayu sehingga bersara pada tahun 1961.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BIDIN SUBARI

BIDIN SUBARI (1937-      ), penulis, pelakon dan pengarah drama.  Dia lahir pada 9 Disember 1937 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Dia juga menggunakan nama pena Malina Manja.  Dia mendapat pendidikan hingga Darjah Tujuh di Sekolah Raja Muda, Kampung Baru dan di Sekolah Teknik, Kuala Lumpur. Dia pernah bertugas sebagai guru Training Under Other Scheme (TUOS) hingga tahun 1971, penyelia pementasan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hingga tahun 1976, dan sebagai pereka set hingga tahun 1983.  Sejak tahun 1984, dia bertugas di bahagian skrip dan cereka di RTM.

BUDAYATokoh
RAJA AISYAH RAJA SULAIMANRAJA AISYAH RAJA SULAIMAN (1889-1924), penulis. Dia lahir pada tahun 1889 di kompleks istana, tempat yang sekarang dikenal sebagai Kampung Baru, Pulau Penyengat. Dia ialah cucu Raja Ali Haji (1809-1870). Raja Aisyah mendapat pendidikan dan asuhan yang ketat dan sempurna daripada inang-inang yang terpilih. Selain mewarisi tabiat suka membaca buku sejak kecil, dia juga terdedah kepada suasana pembacaan hikayat dan pendendangan puisi di istana. Dari situlah juga Raja Aisyah mempelajari teknik bercerita.SASTERATokoh
AZHAR MOHD. SIMIN

AZHAR MOHD. SIMIN (1939 -      ), ahli bahasa. Azhar lahir pada 20 Jun 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Stoney dan Sekolah Rendah Jalan Raja Muda. Selepas itu, dia melanjutkan pelajaran menengahnya di Victoria Insitution, sebelum memasuki Maktab Tentera di Port Dickson. Pada tahun 1959, Azhar melanjutkan pelajaran di Kirkby College, Liverpool, England untuk mengikuti kursus perguruan dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL). Setelah tamat pengajiannya di Kirkby College, dia menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah St. Gabriel, Kuala Lumpur selama lima tahun.

BAHASAKonsep
PERSATUAN MELAYU SELANGOR

PERSATUAN MELAYU SELANGOR, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Mesyuarat penubuhannya telah dihadiri oleh lebih kurang 400 orang dan sebanyak $108.00 telah dikumpulkan sebagai yuran daripada 108 orang ahli walaupun persatuan ini belum terdiri daripada golongan pentadbir berdarah bangsawan dan golongan wartawan.  Presidennya ialah Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yasin, Raja Bon ialah Raja Yahya (naib presiden), Ramli bin Mohd. Tahir (setiausaha) dan Mahmud Haji Abdul Rahman (bendahari).  Ahli Jawatankuasa yang penting ialah Raja Yaakub bin Raja Alang, Mohd Yunus Hamidi, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam.  Keanggotaan ahli jawatankuasa persatuan ini memperlihatkan kesedaran kebangsaan yang menyeluruh di kalangan orang Melayu Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
ZAHARI AFFANDIZAHARI AFFANDI (1947-     ),  penulis.  Dia Lahir pada 17 Oktober 1947 di Kampung Baru Pahi, Kuala Krai, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Asari bin Ismail.  Dalam bidang penulisan, dia menggunakan nama pena Nazir Usman.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kampungnya dan tamat Darjah Enam (1955-1960).   Selepas itu dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1961-1963).  Kemudian dia bekerja sendiri.  Sekitar tahun 1967, dia berpindah ke Kota Bharu, Kelantan.  Semasa di sana, dia belajar sendiri dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1970.  Selepas itu dia berpeluang mengikuti Kursus Penulisan Kreatif selama setahun di Universiti Sains Malaysia (1978-1979). Dari tahun 1981 hingga tahun 1983, dia berpeluang mengikuti Kursus Kewartawanan dan Book Publishing di University Boston, Amerika Syarikat.SASTERATokoh
KMM

KMM, pertubuhan politik nasionalisme bangsa Melayu yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu. KMM ialah singkatan Kesatuan Melayu Muda. Kesatuan ini ditubuhkan pada  bulan Mei 1937, di kampung Baru, Kuala Lumpur. Tujuan penubuhannya ialah untuk menimbulkan kesedaran kemerdekaan di kalangan orang Melayu, di samping melancarkan dasar anti-British. Pada waktu yang sama, wujud juga pertubuhan Melayu yang lain seperti Persatuan Melayu Johor, Persatuan Melayu Selangor, dan lain-lain, tetapi pertubuhan tersebut tidak seradikal KMM.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, TAN SRI

MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, Tan Sri (1930-     ), Panglima Angkatan Tentera yang kelapan (1985-1987). Dia lahir pada 17 Disember 1930 di Kampung Baru Dinding, Lenggong, Perak. Selepas mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Lenggong, dia terpilih memasuki Special Malay Class di Sekolah King Edward VII, Taiping. Dia pernah dilantik sebagai pengawas kanan dan ketua murid pada tahun 1952. Dia juga mewakili sekolahnya dalam permainan bola sepak dan ragbi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas