Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAWASAN HIJAU

Kawasan hijau di United Kingdom, ialah

kawasan tanah berhampiran dengan bandar, yang

tidak dibenarkan dibina bangunan kecuali dalam

keadaan tertentu.

UMUM 
TANAH AWAM

Tanah awam ialah kawasan tanah terbuka yang

boleh digunakan bersama. Kini, kebanyakan orang

menggunakan tanah awam untuk rekreasi. Tetapi,

pada Zaman Pertengahan, di England, orang

menggunakan tanah awam untuk melepaskan haiwan

meragut rumput, untuk menebang pokok dan

menggali turf. Aktiviti ini dikenali sebagai hak

bersama. Tuan tanah memberi hak ini kepada

penyewa tanah di atas tanahnya, kerana tanah

penyewa sendiri hanya cukup untuk tanaman. Pada

tahun 1967, pendaftaran kesemua tanah bersama dan

pendaftaran kawasan hijau di bandar dan kampung

bermula.

UMUM 
SEMUT POKOK HIJAU

Semut pokok hijau di kawasan tropika Australia

adalah satu daripada anggota yang paling luar biasa

dalam famili semut. Semut ini tidak bersarang dalam

tanah, sebaliknya ia membuat sarang di atas pokok

dengan menjambakkan daun dan mengikatnya

dengan bebenang bak sutera. Ia akan menyerang

apa-apa sahaja yang mengusik sarangnya.

UMUM 
KACANG MAKADAMIA

Kacang makadamia ialah biji besar dan bulat

yang tumbuh pada pokok makadamia, iaitu pokok

malar hijau di kawasan tropika Australia.

UMUM 
ASAM JAWA

Asam jawa ialah pokok malar hijau yang menarik,

yang tumbuh di kawasan tropika. Ia boleh tumbuh

23 meter tingginya. Asam jawa mempunyai daun

yang kecil, berwarna hijau pucat, dan bunga yang

kecil berwarna kuning. Lenggainya kira-kira lapan

hingga 10 sentimeter panjangnya mengandungi biji.

Lenggai ini mengandungi isi masam berwarna

perang yang digunakan untuk membuat minuman

yang menyegarkan. Di India dan Arab Saudi, isi ini

dihimpit menjadi ketulan dan dijual sebagai

makanan istimewa. Asam jawa hiasan ditanam di

bahagian panas yang di dunia.

Pengelasan saintifik: Asam jawa tergolong dalam

famili kacang pis Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah

Tamarindus indica .

UMUM 
MULGAMulga ialah perkataan Orang Asli bagi pokok watel yang kecil, merimbun berwarna kelabu hijau yang tumbuh di kawasan luas di pedalaman Australia. Daunnya berguna sebagai foder. Kayunya yang tahan lama, berserta kayu sap berwarna kuning cerah dan teras kayu berwarna perang tua, digunakan untuk membuat barang hiasan dan tiang pagar. Pengelasan saintifik. Mulga tergolong dalam famili Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Acacia aneuraUMUMUmum
MIRTEL

Mirtel ialah pokok renek atau pokok kecil malar

hijau yang menarik. Ia tumbuh liar di kawasan

Mediterranean di selatan Eropah dan utara Afrika.

Mirtel mempunyai daun berkilat, berwarna hijau tua

dan bunganya harum berwarna putih. Ia adalah

pokok taman yang popular, terutamanya di kawasan

yang musim sejuknya sederhana. Pokok mirtel

dianggap suci oleh orang Yunani purba dan

digunakan dalam perayaan.

UMUM 
POKOK BAY

Pokok bay juga dikenali sebagai bay, bay laurel

atau sweet bay dalam bahasa Inggeris, ialah pokok

renek atau pokok malar hijau dari kawasan

Mediterranean.

UMUM 
SLIPPERWORT

Slipperwort ialah nama bagi beberapa tumbuhan malar

hijau yang bunganya berbentuk seperti selipar. Ia

berasal dari Amerika Tengah dan Amerika

Selatan, tetapi ditanam di rumah hijau dan taman

di kawasan sederhana. Spesies Alpine ditanam

di taman batuan. Slipperwort mempunyai banyak

bunga. Spesies yang popular termasuk Slipperwort biasa

yang bunganya kuning berbintik-bintik slipperwort belukar yang

bunganya kecil berwarna kuning, dan slipperworth

berbunga ungu.

UMUM 
PERIUK KERA

Periuk kera ialah nama sesetengah tumbuhan

hijau yang mempunyai daun berbentuk periuk

yang menjadi perangkap serangga. Periuk kera

adalah tumbuhan insektivar, iaitu ia memakan

serangga (lihat Tumbuhan insektivar) . Seperti

lain-lain tumbuhan hijau, periuk kera membuat

makanan sendiri melalui proses fotosintesis (lihat

Fotosintesis ). Bagaimanapun, periuk kera hidup di

kawasan yang terdapat sedikit nitrogen yang

diperlukan daripada tanah. Serangga yang

diperangkap memberikan nitrogen tambahan

kepada tumbuhan ini.

UMUM 
123

Kembali ke atas