Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj senjata bermata dua yg tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok): ~ Bugis, ~ Majapahit dll; ~ (anak) alang keris yg sederhana panjang bilahnya; ~ berapit keris yg pd sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak; ~ berlok (berkeluk) keris yg berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya; ~ cerita keris yg bilahnya berkeluk sembilan atau lebih; ~ harubi = ~ merubi = ~ bawang sebongkol sj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja); ~ pandak (pendek) keris yg pendek bilahnya; ~ panjang keris yg panjang bilahnya; ~ parung sari = ~ sempana keris yg bilahnya berkeluk tujuh atau kurang; ~ pendua keris yg digunakan sbg keris cadangan (bukan keris utama); ~ penyalang keris yg digunakan utk menyalang (sbg menjalankan hukuman bunuh); ~ sepukal keris yg lurus bilahnya; ~ panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok prb orang yg boleh dipergunakan utk sebarang tujuan; ~ pedang (lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia prb kata-kata lebih tajam drpd senjata; ~ tersisip di dinding, pedang tajam dlm sarungnya prb perbuatan bodoh; berkeris 1. memakai (menggunakan) keris: maka Tun Bija Sura memakai cara Jawa, ~di belakang; 2. bertikam-tikaman dgn keris; berkeras tidak ~ prb bertindak keras tetapi tidak berupaya mempertahankan diri; mengeris menikam dgn keris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : senjata tajam bermata dua dan bilahnya ada yg lurus dan ada yg berkeluk-keluk: ~ Majapahit. berkeris bertikam-tikaman dgn menggunakan keris; memakai keris; memiliki keris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Keris

Puisi
 

Keris kecil menikam ular,
     Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
     Sudah besar tertanya-tanya.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERIS MAS (KAMALUDIN HAJI MUHAMMAD) UMUM 
KERIS UMUM 
KERIS MASKERIS MAS (1922-1992), penulis dan Sasterawan Negara yang pertama (1981). Dia lahir pada 10 Jun 1922 di Bentong, Pahang. Nama sebenarnya ialah Kamaludin Muhammad.SASTERATokoh
CATHAY KERIS

Cathay-Keris, syarikat penerbitan filem Melayu yang awal. Syarikat ini telah menghasilkan lebih kurang 120 buah filem.

KESENIANInstitusi/Organisasi
DEWAN MASYARAKATDEWAN MASYARAKAT, majalah bulanan bacaan umum, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak 15 September 1963. Majalah yang mengandungi 60 halaman ini berukuran 21 cm x 28 cm dan merupakan majalah kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka selepas majalah Dewan Bahasa. Pada peringkat awalnya, majalah ini diterbitkan pada setiap 15 hari bulan, tetapi mulai keluaran Jun 1986, majalah ini diterbitkan pada setiap awal bulan. Pengarang pertamanya ialah Kamaluddin Muhammad (Keris Mas). Dia memegang jawatan itu hingga bulan Januari 1967. Mulai Februari 1967, jawatan pengarang dinaikkan tarafnya kepada ketua pengarang. Keris Mas terus memegang jawatan tersebut hingga bulan Julai 1975. Mulai bulan Ogos 1975, jawatan ini dipegang oleh M. Noor Azam.SASTERAPenerbitan
PATAH TUMBUH

PATAH TUMBUH, kumpulan cerpen karya Keris Mas.  Kumpulan ini diberi kata pengenalan oleh Syed Husin Ali, diterbitkan oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur pada tahun 1962 serta diulang cetak beberapa kali.  Kumpulan cerpen Patah Tumbuh mengandungi 20 buah cerpen yang pernah tersiar dalam majalah Kencana, Suluh Malaya, Mastika, Dewan Bahasa dan akhbar mingguan Utusan Zaman dan Utusan Pemuda, dari tahun 1946 hingga tahun 1960.

SASTERAPenerbitan
SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR, novel karya Sasterawan Negara Keris Mas.   Novel ini pernah disiarkan secara bersiri dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman mulai 22 Mac hingga 8 November 1981.  Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1982.  Novel ini dihasilkan oleh penulis setelah dia bergelar Sasterawan Negara.

SASTERAKarya
SENJATA PENDEK

SENJATA PENDEK, sejenis senjata yang berukuran kurang daripada sehasta yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.  Senjata pendek terdiri daripada keris pendek, tumbuk lada, kerambit, sewar, rencong, badik lawi ayam, beladau jembia, lading terus, sikin, parang dan wedung.  Setiap senjata pendek yang dicipta mempunyai bentuk yang berlainan dan berbeza tatacara penggunaannya, walaupun kelihatan hampir sama.

BUDAYAAlat/Alatan
SENJATA PANJANG

SENJATA PANJANG, sejenis senjata yang berukuran melebihi sehasta dan berhulu panjang. Senjata panjang terdiri daripada lembing, seligi, tombak, sundang pedang, keris panjang dan parang panjang (golok).

BUDAYAAlat/Alatan
ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, upacara menabalkan Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang baharu untuk menggantikan Yang Dipertuan yang mangkat. Adat pertabalan tersebut diadakan di balai penghadapan. Alat kebesaran dipasang di kawasan istana dinamakan ‘mendirikan adat’. Alat tersebut ialah 16 kaki payung kuning, lapan bilah keris, lapan bilah pedang, lapan bilah tombak, dan 16 helai bendera Negeri Sembilan. Semuanya dibawa oleh juak-juak istana yang berpakaian kuning, hitam dan merah.

            

BUDAYAKonsep
12

Kembali ke atas