| PSIKOLOGI PERINDUSTRIAN | Psikologi perindustrian berkaitan dengan orang ramai di tempat kerja. Ia dikenali juga sebagai psikologi personel . Bidang yang berkait rapat dengannya ialah psikologi organisasi . Secara tradisinya, ahli psikologi perindustrian telah membuat penilaian terhadap perbezaan antara pekerja dan telah mengukur mutu kerja perseorangan. Ahli psikologi organisasi cuba memahami bagaimana fungsi bekerja dalam sesebuah organisasi dan bagaimana pula fungsi organisasi dalam sesebuah masyarakat. | UMUM | |
| SARAGOSSA | Saragossa , (pend. 596 080), juga dieja Zaragoza, ialah pusat perindustrian dan perdagangan di timur laut Sepanyol. Bandar ini mempunyai kegiatan kerja logam, penapisan gula, industri kimia dan kilang pembuatan barangan elektrik, mesin pertanian, dan perabot. Untuk lokasi Saragossa, lihat Sepanyol (peta politik). | UMUM | |
| MAKMAL | Makmal ialah tempat yang dilengkapi dengan radas untuk menjalankan eksperimen, penyelidikan dan ujian saintifik. Banyak alat dan keluaran yang digunakan dalam kehidupan harian terhasil daripada kerja makmal. Ia termasuk enjin kereta, plastik, radio, fabrik sintetik, telefon, televisyen dan transistor. Makmal boleh didapati di universiti, institut penyelidikan, organisasi perindustrian dan jabatan kerajaan. Ia menjadi tempat latihan bagi ahli sains dan cara untuk menemui pengetahuan baharu. | UMUM | |